Showing posts with label Tips 1 minit. Show all posts
Showing posts with label Tips 1 minit. Show all posts

Monday, August 31

PENIAGA ENTERPRISE SUSAH NAK BUAT LOAN? BETUL KE



Nampak soalan-soalan real ini??

Saya terpanggil untuk buat entry kali ini 
berkenaan dengan peniaga enterprise yang 
kebanyakannya memang tiada slip gaji
tetapi nak cuba apply bermacam loan 
terutama untk membeli rumah 
besar atau selesa sebagai tempat 
berteduh.

Ada yang berniaga sebulan income jejak
RM30,000 tetapi tidak tahu cara
bagaimana nak memaksimakan 
dokumen enterprise yang ada 
untuk majukan diri ke hadapan.
Jangan risau gais.

saya share sikit.

Selama ini kita semua memang tiada mentor.
Semua bahan rujukan kita cari sendiri. 
Tubuhkan enterprise sendiri, main redah aje. 
ke hulu, ke hilir tanya orang itu, tanya orang ini, 
lepas tu kita terkapai-kapai masa sendiri. 


Tetapi pengalaman ini yang mengajar kita erti sabar
dalam mengharungi cabaran untuk capat target kita.
Betul bukan?

Tak sabar nak belajar ilmu shortcut untuk 
enterprise kita mudah dapat loan bank?

Yang saya boleh setuju dengan pemilik rujukan ini:

✔️ Ada support group cara uruskan enterprise. 
   Bila-bila masa 24jam  boleh tanya dalam telegram.
✔️ Ada buku panduan printed. maksudnya 
   yang telah dicetak
✔️ Ada elektronik book maksudnya ebook yang 
   boleh dibaca walaupun anda sedang minum kopi di warung pagi-pagi ☺
    (rasanya option ini sudah tiada. Masa dulu saya masih sempat.
     sekarang sudah ada buku cetak)

Dan ini pula option lah. maksudnya pilihan kita. 
kalau rasa nak mantapkan ilmu dan cara urus enterprise, 
saya memang syorkan kakak ni la. 

walaupun dia tak popular dekat media social tapi 
segala ilmu, tunjuk ajar 
dia SANGAT BAGUS memang SUPER A++ la.

saya senaraikan ye..

✔️ Kelas Akaun Bisnes belajar secara online.
✔️ Urus Enterprise Gaya Korporat [Langkah Pertama Yang Perlu Diambil peluang] 

Saya bagi gambaran ringkas saja perjalanannya:

1. Sediakan dokumen yang ada dahulu. Yang penting 
penyata bank.
2. Siapkan laporan kewangan.
 RECORD ( ada 3 cara owner terankan dalam rujukan nanti)
3. Daftar cukai
4. Submit cukai

Kita jangan takut berkenaan cukai.
Kalau bisnes kita saiz kecil dan untung, kita tidak layak kena cukai.
Tidak perlu bayar cukai.

Cuma: Hantar borang itu wajib. Jangan Miss! oke.

Kita perlu bersangka baik. 
Syukur muncunya rujukan ini kerana kita 
ditemukan dengan pegawai LHDN☺☺

Kalau sebaliknya, banyak lagi kerugian yang kita 
terpaksa tanggung, baik keluarga dan perniagaan kita.

Mula slow2..
tapi steady!

Selamat menyambut Hari kemerdekaan yang ke 63!

Stay tune gaisss...

Wednesday, April 15

BAGAIMANA NAK MENENTUKAN PERBELANJAAN SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hi. bertemu  kembali.

Masih ingat saya? Tentu anda dah lupa sebab saya dah mula jarang update
posting-posting saya. maklumlah, agak busy.

Macamana kita nak tentukan perbelanjaan kita sepanjang PKP?

OK. Mari kita gunakan formula ini 

keupayaan seseorang untuk terus bertahan X bilangan hari ke hadapan

Bagaimana caranya?

ok. sekarang kita mulakan.

Mula-mula anda tambah semua perbelanjaan sara hidup anda. 

dan inilah yang anda perlukan untuk untuk 'bertahan'
setiap bulan.

Kalau nada takde gaji ataupun pendapatan daripada  bisnes
ataupun kerjaya anda, bagaimana anda nak teruskan hidup?

Benar tak?

Senarai belanja asas anda.

Kereta RM500
Petrol RM200
Makan Di rumah RM350
Makan Di luar RM100
Surat Khabar RM10
INternet RM50
Bercuti RM250

Jadi nasihat saya di sini. Kita perlu berlaku jujur dalam mmembuat
pengiraan berkenaan dengan kedudukan kewangan kita.

Jika anda tak buat. Mungkin anda agak susah kerana masih belum 
melangsaikan hutang-hutang itu.

So..berapakah  belanja di atas?
RM1460.00

Jadinya.. RM1460 itulah perbelanjaan bulanan anda.

Thursday, October 31

Bersediakah anda? Ini Yang Patut kita Buat Untuk Tabung Persaraan

Kita bermula bekerja pada usia 23 tahun.
Dan kita berazam untuk berhenti kerja pada usia 44 tahun.

Ini bermakna kita mempunyai lebih kurang 21 tahun
untuk mengumpul tabung persaraan kita.

Aveage jangka hayat pun sekitar 80 tahun
Itupun kalau kita panjang umur. InsyaAllah...

Andaikata kos sara hidup kita RM1500 sebulan.
ini bermakna pada usia 44 tahun nanti kita perlu
ada tabung persaraan sebanyak
RM1500 x 12 bulan 21 tahun = RM 378, 000
(kiraan kasar ini termasuk kadar inflasi)

jadi dalam tempoh 21 tahun itu, kita perlu menyimpan sekurang-
kurangnya RM700 sebulan. ini kiraan tak termasuk kadar inflasi la cerita dia.

Jadi, bila kita nak start menyimpan?

rm700 atau RM 10 800 setahun?

Jika anda masih belum buat, maka laksanakannya secepat
mungkin.

Disiplinkan diri.

Bersiap sedia untuk bekerja semula pada usia 44tahun.
hehe..

Harap anda mendapat tips 1 minit.

regards,

RunnerSofie.

Wednesday, September 14

Apa Hebatnya Dengan sedekah

Kali ni saya nak share 1 kehebatan sedekah..  Ramai orang fikir,  DAH KAYA BARU NAK SEDEKAH.  Well... You are wrong! 

Yang sebenar-benarnya, sedekah ni mendekatkan kita pada allah juga kerana kita sering mensyukuri nikmatnya.  Saya bukannya nak cerita bab-bab agama tetapi yang saya nak kongsi dengan korang semua adalah pengalaman saya sendiri.

Saya ceritakan waktu tu saya berada di Ampang. Kebetulan adik saya minta saya duit belanja.  Buka je dompet tengok-tengok duit tak berapa nak banyak.  Tinggal rm100  something...  Memang saya rasa berat hati sangat nak beri kepada adik.  Kebetulan kami berjalan je Ampang Point nak mencari serbuk cake,  then semasa lintas satu jalan tu saya ternampak seorang wanita bersama dengan anak lelakinya.  I guess itu dalam lingkungan umur 4-5tahun..menangis merengek-rengek.  Kesian saya tengok.  Mungkin dia nak menyusu agaknya.

Wanita itu saya lihat wajahnya cengkung tubuhnya kurus keding.  Dalam hati terdetik "anaknya nagis nie... Nak susu agaknya tak dapat-dapat" , detak hati saya.

Sekembalinya saya dan adik ke tempat parking, saya bertanya lagi pada adik.  "die... Kau ada rm5 tak?"

"takda... Rm10 ade la. Tapi lepas aku bagi kau aku dah takde duit... ", jawab adikku. 

Jawap ku," tak apalah die.... "

Adik gertak lagi," untuk apa tu...? "

Saya jawab," ada la..... Kau tengok je nanti. "

Saya geledah senyap2 beg saya tu,, rupa-rupanya ada terselit duit merah rm10 sekeping..  Rasa berat hati juga nak beri pada wanita daif tu... Walaupon poket aku dah mula kering.... Sebab nak jalan jauh ke kuching.. 

Fikir punya fikir last2 saya berilah juga.
Selang berapa hari, saya dikejutkan oleh rakan saya yang saya dapat offer job bisnes supply barang.  Memang saya tak sangka!  Mujurlah.... ALHAMDULILLAH...

P. S:pesanan aku, korang jangan la kedekut sebab bole jadi sedekah pemberian kita tadi membantu meleraikan kesulitan orang tu.....

Thursday, June 23

Bermulanya Perjalanan Aku..

Pejam celik pejam celik tak sangka rupa-rupanya dah lama aku tak buat post baru dalam blog ni. Aku nak ceritalah pengalaman bermulanya perjalanan aku sebagai businesswoman.. Baru-baru ni aku jatuh sakit. Maklumlah.. Bekerja di bumi sarawak tanah borneo sini. Kau faham-faham jela budaya sini macammane kan.. Aku dapat weekend dari menteri pertahanan 5hari. So aku decided untuk beli tiket flight Malindo Air on the spot harga pergi dan balik Kl-Kuching 2ways RM1070.. MEMANG MAHAL GILER BEB. Disebabkan pada masa yang sama aku dah pun transfer rm10k pada 26/4/2016 hari kepada rakan kongsi aku dengan guna maybank2u sahaja, maka kontrak aku masih belum ditandatangani. Pada hari yang sama petang tu juga aku naik flight dan sampai sana jam 2030H. Jam 830 malam la beb.. Hehe. Sampai sana baru aku sign contract..Pening dah ke?

Untuk pengetahuan, aku dapat grab tender gunting rambut di upnm. . Di antara silent bos jelah. Takdelah hebat mana. Cuma aku nak cari rezeki halal je dengan rakan kongsi aku.

Aku rasa bersyukur sangat pada Illahi kerana membuka pintu rezeki aku seluas-luasnya. Tak sangka aku banyak berkenalan dengan orang atas-atas (geng2 sepupu dato' gak). Jadi.. Nak dijadikan cerita. Aku masih menunggu payment. Still menunggu.

Bisnes ni pun ada risikonya. Tak Kira bisnes apa sekalipun,tetap ada risikonya...Bukan selamanya untung sahaja. Tetap juga ada masalah timbul kalau kita tak tanganinya dengan segera. Aku berharap korang pun dapat ikut jejak
macam aku.

2 sifat ni kau kena terapkan dalam diri kau kalau kau nak berjaya dalam apa jua bisnes:
1. Jujur
2. Amanah

Kalau dua benda ni kau boleh jaga dengan baik. Insyaallah orang akan sentiasa follow kau dari belakang/ akan ada orang offer bisnes job besar kau. Aku percaya dengan hati suci yg bersih, orang sentiasa akan menai kira dari pelbagai sudut. Kalau aku ada 2juta ringgit yg orang amanahkan untuk aku pun, aku jaga dengan elok eventhough tangan aku cuma ada rm1. Ingat pesan aku..

P. S: kalau kau tak berani mencuba, kau takkan berjaya atau takkan ada perubahan yg baik untuk akan datang. Walau gagal at least kau 'berani mencuba'

Thursday, December 4

Pendapatan Sampingan Selain Kerja Utama

Assalamualaikum..

Rasanya lama dah tak update blog Buat-Duit-Lumayan nie.
Almaklum...Busy sedikit. hehe

Haa....nak tahu kenapa saya busy?

Baru-baru ni saya ada buat bisnes di luar. Menggunakan Online sahaja.
Agak Mudah Sebenarnya.

Contohnya:
-Facebook
-Wechat
-Whatsapp

Ok...berbalikk kepada bisnes tepi-tepian. Kita perlu ada banyak sumber. Jangan kita
mengharapkan kerja yang utama sahaja. Banyak kerja utama:
-Cikgu
-Askar
-jururawat
-jabatan pertanian.

Adik-adik janganlah pandang rendah kepada mereka yang bekerja kerajaan. Lagipun kemasukan 
ke sektor kerajaan sangat susah untuk dimasuki.
Contohnya,

Permohonan ke rekrut Perajurit muda adalah sebanyak plus minus 30,000 permohonan. tapi ATM hanya nakkan 2500- 3000 kemasukan sahaja. Bila dah masuk sana, cap jari 10. Ko jangan tanya la dik.... ahhaha. menangis ko kejap lagi, Biasalah.. nama pun rekrut.

Walaupun gaji nampak kecil tetapi elaun itu..elaun ini..memang ada.
kelebihan anda yang bekerja dalam sektor awam adalah:

  1. Mudah buat loan- untuk kembangkan bisnes. majukan diri. Bukan kita MENCURI kot...!! kita ikhtiar je bha...
  1. Senang nak beli rumah...tanah...kereta....
  1. Pekerjaan yang terjamin..- Yang penting TETAP.
  1. Boleh kahwin cepat!! hehehe. (admin bujang lagi eh..hahaha)
  1. Ada slip gaji yang sahih - nampak lagi bersuluh.

Baru-baru saya taklah kaya sangat. Bukan nak bangga. tapi sangat happy dengan pencapaian yang ada. Saya laburkan duit saya pada 3 cabang:

- RM 1000 kepada husniwaty di Kelantan.
- RM  1750 kepada HQ KL. huhu
- RM  7250 labur kepada akak saya di JB.

* Semuanya mudah je.... Online banking. 

Anda ada modal yang besar lebih dari 10K ke atas.
Berminat?
Jom join Facebook Fanpage saya! :)

Oklah itu sahaja.

----------------------------------------------------------

Saturday, April 20

Jom Beriklan di Mudah


Mudah.my di pelopori oleh syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Singapore Press Holdings dan Schibsted ASA dan diuruskan oleh anak syarikatnya di Malaysia iaitu 701Search Sdn Bhd.

Mudah.my ialah laman jual beli terbesar di Malaysia. Dalam masa sebulan, 5.2 juta pelawat
masuk ke Mudah.my. Pelawat ini pula merupakan ‘unique visitor’!

Anda tidak tahu apa itu unique visitor? Tak mengapa. Mari saya terangkan dengan ringkas.

Unique visitor dikira berdasarkan IP dan setiap IP yang berbeza, ia akan dikira sebagai 1
unique visitor. Sekiranya laman web dilayari oleh 100 IP yang berbeza, ini umpama laman
web anda sedang dilihat oleh 100 orang yang berbeza.

Kesimpulannya Mudah.my menerima sebanyak 5.2 juta pelawat yang berbeza sebulan. Oleh yang demikian, setiap iklan di Mudah.my akan dilihat oleh prospek yang berbeza juga!

Jadi adalah mustahil anda boleh gagal untuk menjual produk dan servis anda dengan pelawat sebanyak itu. Anda cuma boleh gagal jika teknik yang anda gunakan salah.

Tapi usah risau. Download ebook ini sekarang dan saya akan tukarkan kegagalan itu menjadi kejayaan!

P.S: owner blog nie dh dapat dah ebook But Duit mudah 2103.. huhu..~ Anda bila lagi? Nie pun salah satu idea bodo gak nie....

Tuesday, February 19

Pernah Dengar Tak Produk Ni? - "Teknik Side Income"

Hi all....

lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Maklumlah, busy sedikit dengan kerja yang melambak dalam kementerian yang ada.

Ok, berbalik pada tajuk asal. Korang pernah dengar tak Teknik Side Income ni?

Ehemm... Mesti korang tak pernah dengar, bukan...?

Sebenarnya produk ni saya buat khas untuk pelajar Universiti dan juga kolej. Ia leih kepada cara-cara nak cari duit part time sesambil anda melayari internet. Daripada korang main facebook tu seharian je, tak dapat untung apa-apa , lebih baik korang buat duit. Betul tak??

Terpulang dekat korang... Saya dah lama buat duit dekat 3 tahun ni takda sape pun nak marah...

Kalau berminat, komen sahaaj di bawah. Takde Blok2 langsung. Unlimited comments... hehe

Before saya chawww, apa kata korang download dulu buku ni. Mana lah tahu kot2 korang terbuka hati nak miliki ebook ni.

>> Download Rahsia Jana Duit Part Time Untuk Pelajar Kolej / Universiti

Atau terus ke laman webnya www.TeknikSideIncome.weebly.com

Sunday, February 17

Tips 1 Minit - Kerja Part Time


Ramai juga yang telah membina kejayaan dengan hanya bermula sebagai kerja "part time". Mungkin anda kenal beberapa individu yang pernah melakukannya dan mungkin ianya sedang berlaku kepada anda.

 Untuk saya pula, saya telah habiskan 3 tahun untuk lakukan bisnes internet secara part time sebelum lakukannya secara full time sekarang.

Pada ketika itu, saya masih bekerja sepenuh masa sebagai "Penjaga Tanah " dengan gaji yang lumayan. Jika tidak disebabkan saya hilang "passion" di dalam kerjaya saya sebelum ini di dalam bidang kejuruteraan, mungkin saya masih lagi lakukan bisnes internet separuh masa.

 Dan di antara rumusan yang dapat saya ambil daripada pengalaman saya ini ialah:

 1. pilih kerja "part time" yang membuatkan anda suka melakukannya.
Contohnya - Teknik-Side-income.blogspot.com

 2. pilih kerja "part time" yang mempunyai potensi untuk memberikan pendapatan "fulltime".
Contohnya - www.SistemJanaDuit.com

 3. pilih kerja "part time" yang dapat memberikan satu kemahiran baru yang belum anda perolehi sebelum ini (sesuai untuk anda yang ingin cuba perkara baru).

 4. pilih kerja "part time" yang tidak mengganggu kerja "full time" anda.

 5. pilih kerja "part time" yang boleh dijadikan "bisnes".

 Itu yang saya lakukan dan mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk anda. Tapi semuanya ini memerlukan ilmu. Cari ilmu dahulu sebelum anda lakukan sesuatu. Jika tidak, anda akan meraba di dalam kegelapan.

 Sehingga jumpa lagi. ikhlas,

Sofeml

 PS. kalau anda berminat untuk menjadikan Unifi atau Streamyx anda sebagai "tool" untuk bisnes "residual", ini mungkin satu peluang income "part time" anda.


Thursday, January 10

Tips 1 minit - Personaliti dan kerjaya

Kenalillah Diri Anda
PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.
Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.

Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.

Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.
2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 haribulan- Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
19 haribulan[/ - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
21 haribulan - ‘Angin’ tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan
- Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.
26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 haribulan - Boros berbelanja terutama ‘menyolek’ kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.


Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah:

Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.

Biru muda : Pengasih dan penyayang

Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi

Oren : Bersemangat dan komited

Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik

Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah

Merah : Berani dan emosional

Ungu : Kejayaan dan sikap positif

Hitam : Rasmi, serius atau hiba

Coklat : Matang dan bertanggungjawab

Putih : Bersih dan amanah


PENJELASAN TERPERINCI

HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.


PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

Saturday, May 21

Bagaimana Pikat Lelaki

Cara memikat lelaki itu adalah satu seni yang yang ramai diluar sana tidak mengetahuinya.Kerana seni di dalam memikat itu susah untuk ditonjolkan melainkan bagi mereka yang betul-betul tahu akan keseniannya.

Dan disebabkan itulah mereka yang tahu akan kesenian memikat ini tidak pernah hampa atau gagal dalam menjayakan misi mereka itu.

Jadi “ Teknik menawan ” yang saya maksudkan adalah , jika anda ingin tahu cara yang betul dan sesuai untuk menonjolkan diri anda supaya setiap mata yang memandang pada anda akan terus terpegun dan terpesona dan cuba untuk mendekati anda, hanya dengan berpandukan cara memikat yang betul sahaja.

Sedangkan nak belajar memandu pun kena pergi ke sekolah memandu,i nikan pula nak memikat lelaki? Kenalah belajar cara-cara yang betul dahulukan. Betul tak?..

Supaya anda tidak akan membazir masa,tenaga dan yang paling penting sekali adalah wang ringgit anda tidak akan terbang melayang begitu sahaja.

Nasihat saya,jika nak menuntut ilmu carilah guru yang sesuai,tapi kalau nak tahu cara memikat yang betul cari lah buku yang sesuai.Kerana guru/cikgu tidak ada yang mengajar subjek ini.

P.S : Perlu ada tektik ni. Manalah tahu ianya berguna untuk pikat lelaki...

Friday, November 12

5 Tips Mudah Simpan Duit


Anda kenal ini? Ini adalah tabung yang diperbuat daripada buluh.. Kalau dulu masa saya kecil-kecil lagi, saya sangat suka menggunakannya.

Sesiapa pun pasti ada cara masing-masing untuk menyimpan duit kan? Jangan lambat menyimpan, penting untuk masa depan tau.

Apa yang saya suka tentang tabung buluh ini ialah susah nak pecahkan kecuali menggergajinya sahaja. Jatuh ke lantai pun tidak pecah.

Kalau kita pakai tabung plastik yang selalu budak-budak pakai itu, mungkin boleh pecah. Tetapi saya lebih suka gunakan cara ini. Jimat, mudah dan berkesan..!

Saya kongsikan tips ini untuk simpan duit, ok?

Caranya mudah saja:

1.Sediakan bekas utk menyimpan duit syiling. (Botol air minuman/mineral besar tu pun boleh jg,lagi jimat). Biasanya duit syiling,sembarang ja kita letak. Klu d kereta itu kita sisip2 ja mana2, apalagi kalau duit 5sen tu. Jadi apakata,kita sumbat dia dlm botol tu. Semua duit syiling tu dkumpulkan kdlm botol,lama2 bnyk ooo.


2.SIMPAN RM 1 SEHARI. (RM 1 ni anggapla dia sbagai cukai hidup kita dalam sehari)

RM 1 X 7(7 hari dalam seminggu)=RM 7 X (SEMUA HARI DALAM SEBULAN)= RM28

3.SIMPAN RM 5 SEMINGGU. (Bayarla pada awal minggu ataupun dpenghujung minggu)

RM 5 X 4=RM 20

4.SIMPAN RM 10 DALAM 2 MINGGU. (Dalam sbulan ada 4 minggu, so kita simpan pada minggu ke 2 dan ke 4)

RM 10 X 2 + RM 10 X 2= RM 40

5.SIMPAN RM 50 DALAM 1 BULAN. (Biasanya kalau kerja gov tu gaji hujung bulan kan? so settle la awal2 cukai hidup ni. Kalau RM 100 pun sbulan lagi cantik ooo,bnyk pulangannya)

RM 50 atau RM 100 = RM 50 atau RM 100

Last sekali, cuba anda jumlahkan..? Berapa kita dapat?Ok jumlah kan semua:

28+ RM 20+ RM 40+ RM 50= RM138 Sebulan.

P.S: Ni belum masuk lagi duit syiling dan nilai simpanan anda. Contohnya anda menggunakan skala yg lagi besar contoh RM 2 sehari ataupun RM 300 sebulan. Cuba anda kira jika 3 bulan,6 bulan ataupun setahun berapa jumlahnya? Tentu memberangsangkan. Selamat mencuba !

P.P.S: Nak join saya untuk dapat Rm500 Sehari? www.SistemJanaDuit.com

Tuesday, November 9

Bagaimana Lulus Temuduga


Ok, hari ni kita akan cakap pasal bagaimana nak lulus temuduga dengan jayanya...! Ya, Lulus temuduga.

Panduan ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman dan boleh digunakan sebagai panduan untuk kerja kerajaan ataupun swasta. Ia dibahagikan kepada 3 peringkat;

-Sebelum,
-Hari Temuduga dan
-5T yang perlu dielakkan.


Sebelum
: Ini adalah peringkat paling penting dimana hampir 50% persiapan mesti dilakukan. Kegagalan untuk merancang dengan baik akan menyebabkan anda kecewa dengan hasil temuduga nanti.

1. Cari maklumat !

Maklumat paling penting ialah mengenai latarbelakang syarikat. Ketahui serba sedikit mengenai struktur organisasi syarikat, produk, industri, market share (penguasaan syarikat ke atas pasaran luar contohnya Syarikat A menguasa 30% daripada pasaran telekomunikasi tempatan), dan yang paling penting ialah mengenai job description atau bidang tugas untuk jawatan yang dipohon. Kebanyakan maklumat boleh diperolehi melalui internet lebih-lebih lagi bagi syarikat yang mempunyai laman web sendiri. Jika tidak, anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan bertanya kepada kawan atau saudara mara yang pernah / sedang bekerja di sana. Jika tiada maklumat, maka langkah terakhir ialah dengan menghubungi Jabatan Sumber Manusia dan bertanya mengenainya.


2. Latih Diri Anda Bercakap

Untuk memastikan kelancaran menjawab soalan, anda perlu berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang dirasakan akan ditanya oleh penemuduga. Buat latihan sebanyak mungkin bersama kawan anda dan dapatkan pandangan orang ke 3 mengenai “pencapaian” anda. Perbaiki kelemahan seperti bercakap terlalu perlahan, terlalu laju atau tergagap-gagap. Untuk ujian bertulis, buat latihan penulisan supaya anda dapat menjawab dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Pastikan Lokasi , Masa, & Pengangkutan

Ketahui dengan tepat di mana lokasi temuduga. Sebolehnya anda dinasihatkan untuk pergi ke lokasi untuk mengetahui jarak sebenar dengan kediaman dan masa yang diperlukan untuk sampai ke sana. Jika lokasinya di bandar besar, anda perlu mengambilkira faktor lain seperti kesesakan lalulintas, jenis pengangkutan awam yang boleh digunakan dan untuk yang memandu, tempat parking yang berhampiran. Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga supaya anda tidak perlu tergesa-gesa pada hari penting itu nanti.

4. Pakai Yang Sesuai

Kenakan pakaian yang sesuai untuk jawatan yang dipohon. Gunakan pakaian yang bersih dan cantik (tak semestinya baru) supaya anda kelihatan lebih menarik.

Jika perlu, pakai tali leher (untuk lelaki) dan seluar panjang serta jaket (untuk perempuan). Gaya rambut juga perlu kemas dan menawan. Untuk lelaki, seeloknya rambut mestilah pendek dan disisir rapi.

5. Bawa Dokumen Penting Dalam Clear Holder

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk temuduga seperti gambar, transkrip peperiksaan, salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan, resume, portfolio kerja dan contoh projek yang telah dilaksanakan. Elak dari menggunakan gambar lama atau sijil yang sudah usang kerana ini akan memberi gambaran negatif tentang kebolehan anda untuk merancang dan menguruskan tugas.

Jangan sekali-kali memalsukan maklumat akademik, ko-kurikulum dan pencapaian anda dengan harapan untuk menarik perhatian syarikat. Jika anda didapati bersalah memalsukan maklumat, ia mungkin akan menjejaskan peluang anda untuk memohon kerja di tempat lain. Anda mestilah jujur dan ikhlas kerana ia adalah sifat-sifat yang dicari oleh semua majikan.

6. Hadirkan Diri pada Temuduga. (Tak dapat tak apa..)

Sahkan kehadiran anda untuk sesi temuduga. Anda harus memastikan bahawa anda memang ingin menghadiri temuduga dan jawatan yang ditawarkan adalah sesuatu yang anda inginkan. Jangan hadiri temuduga hanya kerana anda tidak dipanggil untuk temuduga lain yang anda harapkan. Jika rasa tidak berminat, batalkan sahaja temuduga dengan member notis awal kepada bakal majikan. Perkara yang sama perlu dibuat sekiranya anda tidak dapat menghadiri temuduga atas sebab-sebab kecemasan. Hubungi bakal majikan seawal yang boleh dan maklumkan mengenai sebab anda tidak dapat hadir. Minta pertimbangan mereka untuk menjadual semula temuduga tersebut ke tarikh yang lain.

7. Rehat

Sebelum hari temuduga, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Anda perlukan tenaga dan minda yang cergas untuk sesi temuduga nanti. Masuk tidur lebih awal dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan untuk mengelak kepenatan dan kurang tumpuan apabila ditemuduga nanti.


Pada Hari Temuduga

1. Siapkan Diri

Mandi dan bersihkan diri. Ambil sedikit masa untuk mengenakan pakaian yang sesuai, memakai wangian dan perhiasan yang diperlukan (wanita). Jangan berlebih-lebih seperti memakai make- up tebal dan pakaian menjolok mata.

2. Datang Awal

Pastikan anda dating awal untuk temuduga. Banyak perkara di luar kawalan boleh berlaku seperti penutupan jalan, pengangkutan awam tergendala, kenderaan rosak dan lain-lain yang boleh mengganggu perancangan anda. Buat senarai semak untuk dokumen yang diperlukan dan pastikan semuanya telah disediakan.

Semasa Temuduga

1. Tenang Diri

Sentiasa bertenang dan berfikiran positif. Fokus anda sekarang ialah untuk “memenangi” hati penemuduga. Jangan fikirkan perkara lain yang boleh menjejaskan tumpuan seperti masalah peribadi . Jika anda rasa resah dan gemuruh, tarik nafas panjang dan bacalah doa penerang hati.

2. Suara Biar Jelas

Bercakap dengan jelas dan penuh keyakinan. Di sinilah pentingnya sesi latihan seperti dinyatakan di atas yang akan membantu anda menjawab dengan tepat dan lancar. Volume suara hendaklah tidak terlalu kuat ataupun terlalu perlahan. Apa yang penting ialah jawapan anda dapat didengari dan difahami oleh penemuduga.

3. Bahasa

Gunakan nahu dan tatabahasa yang betul di dalam temuduga lisan atau ujian bertulis yang diberi - Jika temuduga anda di dalam Bahasa Malaysia maka jawablah di dalam Bahasa Malaysia, begitu juga jika ianya di dalam Bahasa Inggeris. Elakkan dari menggunakan bahasa pasar atau mencampur adukkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

4. Eye Contact, Facial Expression & Body Language

Pastikan eye contact setiap kali menjawab soalan. Duduk dengan tegak, tertib dan “lean forward” untuk menunjukkan minat. Lihat mimik muka (facial expression) dan body language penemuduga untuk memahami apa yang mereka fikirkan tentang jawapan dan tingkah laku anda.

Jika penemuduga mengerutkan dahi, itu mungkin menunjukkan yang dia tidak memahami apa yang anda katakan. Beri penerangan lanjut dengan menggunakan senario lain dan contoh yang bersesuaian. Anda mungkin berhadapan dengan penemuduga yang sinis tetapi elakkan dari bertengkar dengan cara yang tidak wajar.

5. Promosi Diri - Beritahu Kelebihan Anda

Temuduga sebenarnya ialah satu sesi anda untuk mempromosi diri sendiri. Tunjukkan bakat anda dalam menjawab soalan, membincangkan isu, memberi pendapat dan membuktikan kebolehan anda dalam berbagai bidang. Biasanya temuduga akan mulakan soalan seperti

“Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda”.

Walaupun soalan ini nampak mudah, jangan sesekali mengambil mudah dan menjawab dengan sambil lewa. Anda perlu tunjukkan bahawa anda mempunyai sifat-sifat menarik untuk dikongsi. Seeloknya dalam semua jawapan anda, kaitkan dengan kebolehan dan kelebihan yang anda miliki untuk meyakinkan penemuduga bahawa andalah calon yang dicari.

6. Jangan Mengkritik

Anda dinasihatkan untuk tidak mengkritik terutama sekali bekas majikan anda walaupun anda tidak berpuas hati. Ini akan memberi tanggapan bahawa anda pekerja bermasalah dan tidak boleh bekerja di dalam satu kumpulan. Jika diminta memberi pendapat, utarakan perkara yang positif tentang bekas majikan anda dan nyatakan apa yang telah anda pelajari di sana.

7. Ketahui Maksud Di Sebalik Soalan (Fahamkan maksud dia)

Semua soalan yang ditanya sebenarnya bersebab. Fikirkan apa yang mungkin “dicari” oleh penemuduga didalam soalannya.
Contohnya jika soalannya

“Terangkan apa yang awak pelajari dari projek / kerja awak yang lepas”,

sebenarnya mereka ingin mengetahui tentang pengetahuan, komitmen dan tahap motivasi anda dalam melaksanakan sesuatu tugas. Jika soalannya berbunyi, “Di mana anda lihat diri anda 5 tahun dari sekarang”, ini menunjukkan yang mereka ingin melihat samada anda seorang yang mempunyai perancangan masa depan dan bercita-cita tinggi. Jadi jawablah dengan bijak.

8. Bertanya Soalan

Walaupun anda sedang ditemuduga, ini tidak bermakna anda tidak boleh bertanya soalan. Tanyalah soalan yang sesuai mengenai jawatan, bidang kerja dan faedah yang ditawarkan oleh bakal majikan.

Ini juga akan menunjukkan kepada penemuduga yang anda memang berminat dengan syarikat dan tugas yang akan ditawarkan. Jika tiada ruang untuk bertanya (selalunya anda akan diberi peluang bertanya), pastikan anda bertanya mengenai bagaimana untuk anda menyemak samada anda berjaya atau tidak di dalam temuduga tersebut.


5 Kesilapan Besar Di Dalam Temuduga (5T)

1. Terlalu Menekankan Tentang Duit (Gaji)

Elakkan bertanya terlalu banyak mengenai gaji kerana anda tidak mahu dicop sebagai mata duitan. Ketahui range gaji bagi jawatan yang di pohon dan nyatakan gaji yang anda inginkan di dalam range tersebut apabila ditanya.

2. Tidak Bertanya Mengenai Jawatan

Jika tiada soalan mengenai jawatan yang ditawarkan, itu bermakna anda tidak berminat. Maka syarikat juga tidak berminat dengan anda.

3. Teknik Komunikasi Yang Lemah

Tidak dinafikan temuduga membuat anda gemuruh, tetapi jangan biarkan ia menguasai anda hingga menyebabkan komunikasi anda terganggu. Jangan gopoh semasa menjawab sebaliknya jawab dengan perlahan tetapi jelas. Pastikan sebutan dan tatabahasa dijaga semasa menjawab.

4. Tiada Perancangan Kerjaya

“Gagal Merancang, Merancang Kegagalan”.

Majikan mencari pekerja yang mempunyai wawasan dan semangat untuk berjaya. Jika anda menjawab seperti “melepaskan batuk di tangga” , maka peluang anda untuk berjaya amat tipis. Tunjukkan potensi diri dengan pendapat bernas dan perancangan mengenai kerjaya anda. Anda pasti dipilih!

5. Tidak Sopan

-Semasa temuduga segala tingkah laku kita diperhatikan. Jagalah adab sopan dengan mengucapkan salam atau “Selamat Pagi / Petang” dan gunakan perkataan yang sesuai semasa berbicara. Cara duduk, body language dan cara menjawab soalan mencerminkan peribadi sebenar anda. Jauhi sifat sombong, sinis dan kurang ajar kerana ianya langsung tidak membantu.

P.S: Sekiranya masih lagi tidak tahu apakah persediaan sebelum temuduga, saya syorkan anda untuk mencari panduan lulus temuduga kerja kerajaan yang lengkap di sini.. Harap anda berjaya..!

Wednesday, September 1

6 Tips Cara Jimatkan Elektrik

Ikuti tip-tip penjimatan elektrik dibawah :

1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan
saiz penghawa dingin sesuai dengan keluasan ruang tersebut.

2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan. Banyakkan menanam
pokok-pokok teduhan untuk mengurangkan bahang kepanasan
di dalam rumah.

3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga
melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika tidak, udara sejuk
sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan
tenaga yang berlebihan.

4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahajadan elakkan
dari menggunakan penghawa dingin.

5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan
masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak
anda lebih cepat!

6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam
keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower
kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam
tab mandi.

P/s: Pastikan anda dapatkan ebook percuma di www.SistemJanaDuit.com

Formula Buat Duit
Ketahui Bagaimana Menjana RM150 Sehari dengan Teknik saya ini & anda juga boleh ikut macam saya!!

Friday, August 20

Banyak Betul Temuduga Sekarang ni

Baru - baru ni, saya pergi ke blog mana-mana pun, semuanya cerita tentang kerja kerajaan.
Apalah yang best sangat cerita tentang kerajaan ni. Berbaloi ke?

Saya blog walking ke blog lain. saya pergi pak google. Cari tentang jawatan kosong.
Manalah tahu ada cabang-cabang yang boleh bantu saya yang dah nak habis
belajar ni. Cewahh...! Mentang-mentanglah ambil civil engineering, dapat
mohon penolong jurutera pun jadilah..



Dalam hati ini teringin nak jadi jutawan macam Internet marketer
malaysia yang lain. Tapi modal masih tak cukup lagi, masa pun tak cukup.
Mungkin ada yang kata semua orang diberi 24 jam sehari, tapi biarlah saya s
empurnakan mana yang lebih utama lagi.

Kalau fikirkan semula, kerja kerajaan tak dapat nak jadi kaya-raya. Manakala
kalau kerja swasta pula, boleh buka company sendiri. Bukankah lebih elok macam ni?hehe.

Tapi kadangkala sedih juga, sebab saya tak tahu cara nak pergi temuduga
kerja kerajaan tu. Mungkin ada yang dapat memberi komen atau pendapat
masing-masing di blog ini.

P.S : Aku rasa setakat ni dulu. mata pun dah ngantuk sangat. Besok belajar
Advanced Structural Analysis and Design. Bernombor-nombor mata aku lepas ni.

Formula Buat Duit
Ketahui Bagaimana Menjana RM150 Sehari dengan
Teknik saya ini & anda juga boleh ikut macam saya!!

Saturday, August 7

3 Sebab Kenapa Perniagaan Milik Tunggal Dan Sdn. Bhd Bukan Senang Untuk Dijalankan



Saya sudah berada dalam dunia perniagaan internet sejak
akhir tahun 2006, secara kecil-kecilan sahaja.

Satu tempoh masa yang lama. Tetapi, inilah apa yang saya
lakukan sekarang..

Perniagaan offline, saya maksudkan perniagaan yang
melibatkan pejabat atau kedai fizikal dan produk
atau perkhidmatan.

Seronok dan kepuasan perniagaan offline, berbeza
dengan perniagaan online.

Terus terang saya katakan, perbezaan antara perniagaan
offline dan online amat ketara.

Pertama, dari segi tenaga kerja.

Perniagaan online boleh diuruskan oleh anda
seorang sahaja, tetapi
perniagaan offline, memerlukan 2 atau lebih pekerja.
(terpaksa juga bayar gaji pekerja)

Dan percayalah cakap saya, menguruskan pekerja dengan
pelbagai 'peel' dan perangai bukannya senang.

Kedua, tempoh masa bekerja.

Jika jalankan perniagaan online, anda bebas tentukan masa
bekerja kerana anda bekerja seorang sahaja,
sebaliknya, perniagaan offline pula, anda perlu
bekerja antara 8 hingga 12 jam.

Penat ooo...

Sebab ketiga, kenapa Perniagaan Milik Tunggal atau Sdn.Bhd
Bukan Senang Untuk Dijalankan adalah kerana modal.

Perniagaan online memerlukan modal RM0 atau hampir tiada
modal dan mungkin hingga beberapa ratus sahaja. Manakala
perniagaan offline memerlukan minimum RM10,000.Kalau
nak buka STOKIS COSWAY pun perlu minimum RM10K.

Percayalah cakap saya, RM10,000 belum tentu cukup
untuk anda bayar muka deposit sewa, andaikata anda menyewa
lot kedai, deposit utiliti, dan lain-lain.

Lebih-lebih lagi untuk pengubahsuaian ruang kedai.

Sekarang, persoalannya jika anda bekas
graduan universiti, dimana hendak mendapatkan modal
yang banyak.

Jadi, kaedah paling mudah adalah,bina blog percuma anda, dan
sign up mana-mana program affiliate. Ingat, program affiliate
adalah percuma. Tidak dikenakan bayaran

p/s: Saya buat side income dapat RM300 dengan blogspot sahaja.
Nak tahu rahsianya? Terus ke sini :

--> www.SistemJanaDuit.com

Thursday, July 29

Buat Duit Dengan Kuasa Facebook?

Buat Duit Dengan Kuasa Facebook? Bagaimana pula tu ya?

RahsiaFacebook.my

Post kali ini berkenaan facebook tools yang digunakan oleh IM malaysia dan seluruh dunia untuk mendapat bilangan ahli group yang ramai.

Saya bukan seorang IM yang PRO. Untuk jana pendapatan melalui aplikasi di Facebook memang sukar. Yalah, langkah pertama sahaja sudah cukup untuk memeningkan anda.

Tetapi.. di panduan ini pula lain sedikit caranya. Untuk reka aplikasi anda perlu ada idea yang bernas. Bukan sebarangan idea boleh anda tonjolkan. Idea anda perlulah unik dan menarik. Kalau setakat idea cikai, memang tidak kemana aplikasi anda.

Jikalau idea anda mantap, anda masih perlukan promosi berkesan untuk aplikasi anda itu. Tanpa promosi yang berkesan, aplikasi anda mungkin tidak akan menerima sambutan. Tiada sambutan tiada duit. Jika aplikasi anda mendapat sambutan, anda akan mengalami masalah jika anda tidak tahu bagaimana hendak jana wang darinya.

Jika untuk melihat lebih dekat, lihat pada pautan yang saya berikan
>> Dapatkan Kuasa Aplikasi FB di sini.

P.s: Kaedah mudah sahaja, ramai pengguna blogspot menggunakan kaedah ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!