Showing posts with label Temuduga Kerja. Show all posts
Showing posts with label Temuduga Kerja. Show all posts

Wednesday, February 16

Kisah Temuduga Daku

Baru-baru nie, minggu lepaslah kot. Dalam 7hb Februari 2011, saya dipanggil datang untuk temuduga Juruteknik Awam di salah sebuah hospital di ibu kota.

5 minit lagi sebelum 11 a.m, saya dah pun sampai ke tempat yang dituju. kemudian saya mengetuk pintu dan masuk ke office mereka.

"Assalamualaikum...saya datang sini untuk temuduga...", tanya saya.
"Ooo.. Sofea ya? duduk dulu ya? Bos ada kat dalam tengah meeting..", kata kakak receptionist tu.

Saya pun tunggulah dari minit ke minit. Dari puluh minit ke puluh minit. Saya duk melanguk dalam tu.. Muka paksa senyum macam kambing dengan staff-staf kat sana. Hahaha... Then, sampailah pukul 11.45am, baru saya dipanggil masuk ke bilik meeting mereka.

Alangkah terkejutnya saya yang menyoal tu semuanya yang "Big size" punya. ahhahah... Bukannya saya doq k risau pasal apa yang akan ditanya, tapi saya fikirkan pasal say8iz badan mereka. kelakar..kelakar...! Hak3..

Tu la...Syaitan datang merasuk jiwa saya supaya bercakap yang tak baik dalam hati, saya pun disoal di dalam bilik tu selama Dua Jam. Dua jam beb. Kematu dah bontot saya nie....!!

Dengan saiz badan aku yang keding nie, aircond pula rendah sangat . Sejuk pula tu... Pergh, gila babas. Menggigil kepala lutut saya nie.

Macam-macam saya disoal tau. Pergh, semuanya pasal engineering punya. Lepas tu, dia tanya pula macammana baca drawing/plan. Mereka pun bagilah saya drawing supaya suruh baca.

At last, dah habis interview. Barulah mereka kata "Kitorang tanya awak bertubi-tubi nie pun sebab awaklah perempuan pertama yang berani minta kerja technician di syarikat nie.."

Lepas tu, kembanglah hidung saya. Dengan pantas saya pun mengucapkan terima kasih dan terus saja berlalu pergi.

Monday, February 7

Temuduga Kastam Diraja Malaysia

Sumber pic: kastam diraja.

Kali ini tentang pengalaman temuduga kastam diraja malaysia.
Kategori : kerjaya, temuduga.

Disini Sofea nak kongsi pengalaman dengan rakan-rakan di luar yang telah mengikuti temuduga Kastam sama ada jawatan Pembantu Penguatkuasa Kastam,Penolong Pegawai Kastam mahu pun Penguasa Kastam.

Kini Kastam memperkenalkan sistem baru iaitu Pemeriksaan Fizikal sebelum di temuduga oleh Pegawai Kastam.

Ini juga di gunakan untuk melakukan penapisan calon yang ramai memohon jawatan ini di samping untuk melahirkan Pegawai Kastam yang cergas dan cerdas. Jom kita ikuti pengalaman menghadiri kerja dalam mengikuti temuduga ini.


Minggu lepas Sofea telah bertanya pada kawan-kawan yang pernah hadiri temuduga kastam. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas ketelusan dan ketelitian yang di buat oleh pegawai-pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan fizikal dengan teliti.

Walaupun rakan sofea itu kecundangan atau gagal atas sebab pemeriksaan fizikal tetapi Sofea berasa puas hati dengan proses temuduga yang di jalankan kerana sebelum ini saya pernah mengikuti temuduga untuk Perajurit Muda TUDM tetapi pegawai yang memeriksa begitu mesra sehingga Sofea pun kecundang. haha. Ok, di sini Sofea senaraikan:

PANDUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Penggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera.
ii) Dokumen Pengenalan Diri.
iii) Kemeja T.
iv) Kasut Sukan
vi) Seluar Sukan ( Track Suit).

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji.

Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan di mulakan.

KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

1.Perkara-perkara yang diuji:-

a) Pemeriksaan Ukuran Badan

i) Ketinggian (1.57 meter/157 cm ke atas)
ii) Berat Badan
iii)Body Mass Index (BMI) 19-26 (Calon KPSL BMI 19-29.9)
BMI sofea tak cukup la.dapat 17 je.maklumlah, dah makan hati, memang kurus...hehe
iv) Ukuran Dada (biasa & tarik nafas) ( Calon wanita dikecualikan)

Pemeriksaan Penglihatan (calon KPSL di kecualikan)

i) Jarak Penglihatan "Visual Acuity" 6/9 ( Tanpa memakai cermin mata atau kanta lenkap (contact lense")
ii) Pengecaman Warna.


c) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i) Jari,tangan,kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
ii)Berkawad

Okay dah abis baca bahagian di atas,kini Sofea akan huraikan satu persatu pada bahagian berkenaan agar ianya jelas bagi calon yang mungkin esok, hari ini atau lusa yang akan mengikuti temuduga kastam ini. Sofea akan huraikan pada bahagian pemeriksaan fizikal ini.

1) Pada hari temuduga tersebut, Sofea sarankan lelaki dan perempuan pakai terus pakaian sukan daripada memakai pakaian formal.Ini kerana calon akan menjalankan sesi pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Apabila calon lulus ujian pemeriksaan fizikal barulah calon di kehendaki memakai pakaian formal.Jangan lupa membawa pakaian formal calon juga ketika pergi temuduga pada hari tersebut.

Ketinggian

Jika Ketinggian calon di bawah 1.57 meter or 157 cm.Terus terang Sofea katakan baik calon tak usah pergi ke menghadiri temuduga tersebut. Ini kerana walaupun tinggi calon contohnya 1.56 meter ke, 155.99 ke tetap juga akan di tolak. Jika calon capai tahap ketinggian ini,maka sia-sia sajalah pergi temuduga tersebut. Calon mesti sewajibnya tinggi adalah 157 cm atau 1.57 meter ke atas. Jika calon lulus melepasi tahap pemeriksaan ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan Berat Badan.

Berat Badan

Berat minimum yang di perlukan:
-untuk lelaki adalah 48 kg dan
-Untuk perempuan 46 kg.

Setelah nilai berat dan tinggi calon di catatkan. Maka proses pengiraan BMI akan di buat.

BMI yang di tetapkan adalah 19-26 sama ada lelaki mahu pun perempuan.

Jika BMI calon mendapat seperti 18.99 ke,26.12 ke,26.01 ke calon tetap akan di tolak. Di sini tiada kompromi untuk nilai ini.Calon mesti berada dalam kalangan BMI 19-26.Jika calon dah tau nilai BMI so Sofea sarankan tak usahlah pergi temuduga buang masa sahaja. Jika nak pengalaman Sofea nasihatkan pergi je tetapi calon tetap akan tersingkir pada masa pemeriksaan tersebut.Tak lepas pemeriksaan "NO Temuduga". Jika calon lulus bahagian ini calon akan pergi ke peringkat ukuran dada.

Ukuran Dada

Pada bahagian ini calon wanita di kecualikan.Hanya untuk lelaki sahaja.Nilai untuk ukuran dada yang di tetapkan adalah:

Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

Jika calon berkeadaan biasa adalah 78.99 ke,78.90 ke dan semasa menarik nafas 84.99 ke,84.90 ke tetap akan di tolak.Nilai yang di perlukan mestilah atas 79 berkeadaan baik dan 84 ke atas semasa menarik nafas.Jika calon lulus bahagian ini calon akan di di periksa pada bahagian penglihatan mata.

Pemeriksaan Mata

Jika calon menggunakan kanta lengkap or contact lense atau bercermin mata tak usahlah pergi mengikuti temuduga itu kerana jika anda menyebut huruf yang salah bermakna calon punya mata yang rabun. Jika mata dah tahu rabun tak usahlah menghadiri temuduga.Begitu juga dengan pengencaman warna di jalankan setelah selesai jarak penglihatan diperiksa.Jika calon lulus pada bahagian ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan.

Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

Jika calon rasa jari,tangan,kaki cacat,bengkok ke atau kaki ada besi ke lebih baik calon maklumkan kepada pegawai pemeriksa terlebih dahulu.Pada bahagian ini calon akan dilihat dari segala aspek seperti jari jangan bengkok,tangan tu jangan kelihatan bengkok dan sebagainya. Jika pemeriksaan ini lulus calon akan di kehendaki melakukan Kawad. Jika kawad di buat dengan betul calon akan berjaya jika tak di buat dengan betul calon akan di tolak juga.

Jika calon lulus pada semua peringkat ini TAHNIAH SOFEA UCAPKAN calon akan pergi ke peringkat temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam.Oleh itu bersedialah anda dengan pakaian formal setelah tadi memakai pakaian sukan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.

Di sini Sofea harap carilah info tentang Kastam ini dan soalan yang di tanya bergantung kepada pegawai penemuduga tersebut.Kekadang mereka tak bertanya tentang Kastam tetapi perkara lain seperti :

Bagaimana meningkatkan ekonomi negara?
Bagaimana membenteras penyeludupan?
dan banyak lagi.

Oleh itu siapkan diri calon dengan pelbagai info.

SELAMAT BERJAYA DAN TAHNIAH SOFEA UCAPKAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA INI.

Monday, January 31

Jadual Permohonan Pengisian Jawatan Tahun 2011- Ikut Giliran?


Apa itu SPA? Orang kebanyakannya selalu sebut-sebut SPA ni. Ia bukan spa mandian.

SPA ialah satu badan atau jabatan yang dipanggil sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi mereka yang ingin memberi bakti atau memohon jawatan kosong di sektor kerajaan Malaysia.

Mungkin ada sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini. Berkenaan kelas permohonan bagi permohonan mengikut bulan-bulan sepanjang tahun.


SPA telah melaksanakan urusan permohonan jawatan sepanjang masa secara online melalui Portal SPA, http://www.spa.gov.my.

Melalui permohonan yang telah dikemukakan, SPA akan memilih calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan yang terdapat di Kementerian/ Jabatan/ Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

Bagi melancarkan urusan pengisian tersebut, pihak Kementerian/ Jabatan/ SUK Negeri hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh SPA. Ini bagi membolehkan urusan pengisian kekosongan jawatan tersebut dapat dibuat secara sistematik dan selesai dalam waktu yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan.

Jadual permohonan pengisian jawatan mengikut klasifikasi perkhidmatan seperti di atas mungkin dapat membantu korang.. Tak susah kan..?

p.s: Usaha tangga kejayaan.
P.P.S: saya pun mohon juga... :)


Tuesday, November 9

Bagaimana Lulus Temuduga


Ok, hari ni kita akan cakap pasal bagaimana nak lulus temuduga dengan jayanya...! Ya, Lulus temuduga.

Panduan ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman dan boleh digunakan sebagai panduan untuk kerja kerajaan ataupun swasta. Ia dibahagikan kepada 3 peringkat;

-Sebelum,
-Hari Temuduga dan
-5T yang perlu dielakkan.


Sebelum
: Ini adalah peringkat paling penting dimana hampir 50% persiapan mesti dilakukan. Kegagalan untuk merancang dengan baik akan menyebabkan anda kecewa dengan hasil temuduga nanti.

1. Cari maklumat !

Maklumat paling penting ialah mengenai latarbelakang syarikat. Ketahui serba sedikit mengenai struktur organisasi syarikat, produk, industri, market share (penguasaan syarikat ke atas pasaran luar contohnya Syarikat A menguasa 30% daripada pasaran telekomunikasi tempatan), dan yang paling penting ialah mengenai job description atau bidang tugas untuk jawatan yang dipohon. Kebanyakan maklumat boleh diperolehi melalui internet lebih-lebih lagi bagi syarikat yang mempunyai laman web sendiri. Jika tidak, anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan bertanya kepada kawan atau saudara mara yang pernah / sedang bekerja di sana. Jika tiada maklumat, maka langkah terakhir ialah dengan menghubungi Jabatan Sumber Manusia dan bertanya mengenainya.


2. Latih Diri Anda Bercakap

Untuk memastikan kelancaran menjawab soalan, anda perlu berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang dirasakan akan ditanya oleh penemuduga. Buat latihan sebanyak mungkin bersama kawan anda dan dapatkan pandangan orang ke 3 mengenai “pencapaian” anda. Perbaiki kelemahan seperti bercakap terlalu perlahan, terlalu laju atau tergagap-gagap. Untuk ujian bertulis, buat latihan penulisan supaya anda dapat menjawab dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Pastikan Lokasi , Masa, & Pengangkutan

Ketahui dengan tepat di mana lokasi temuduga. Sebolehnya anda dinasihatkan untuk pergi ke lokasi untuk mengetahui jarak sebenar dengan kediaman dan masa yang diperlukan untuk sampai ke sana. Jika lokasinya di bandar besar, anda perlu mengambilkira faktor lain seperti kesesakan lalulintas, jenis pengangkutan awam yang boleh digunakan dan untuk yang memandu, tempat parking yang berhampiran. Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga supaya anda tidak perlu tergesa-gesa pada hari penting itu nanti.

4. Pakai Yang Sesuai

Kenakan pakaian yang sesuai untuk jawatan yang dipohon. Gunakan pakaian yang bersih dan cantik (tak semestinya baru) supaya anda kelihatan lebih menarik.

Jika perlu, pakai tali leher (untuk lelaki) dan seluar panjang serta jaket (untuk perempuan). Gaya rambut juga perlu kemas dan menawan. Untuk lelaki, seeloknya rambut mestilah pendek dan disisir rapi.

5. Bawa Dokumen Penting Dalam Clear Holder

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk temuduga seperti gambar, transkrip peperiksaan, salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan, resume, portfolio kerja dan contoh projek yang telah dilaksanakan. Elak dari menggunakan gambar lama atau sijil yang sudah usang kerana ini akan memberi gambaran negatif tentang kebolehan anda untuk merancang dan menguruskan tugas.

Jangan sekali-kali memalsukan maklumat akademik, ko-kurikulum dan pencapaian anda dengan harapan untuk menarik perhatian syarikat. Jika anda didapati bersalah memalsukan maklumat, ia mungkin akan menjejaskan peluang anda untuk memohon kerja di tempat lain. Anda mestilah jujur dan ikhlas kerana ia adalah sifat-sifat yang dicari oleh semua majikan.

6. Hadirkan Diri pada Temuduga. (Tak dapat tak apa..)

Sahkan kehadiran anda untuk sesi temuduga. Anda harus memastikan bahawa anda memang ingin menghadiri temuduga dan jawatan yang ditawarkan adalah sesuatu yang anda inginkan. Jangan hadiri temuduga hanya kerana anda tidak dipanggil untuk temuduga lain yang anda harapkan. Jika rasa tidak berminat, batalkan sahaja temuduga dengan member notis awal kepada bakal majikan. Perkara yang sama perlu dibuat sekiranya anda tidak dapat menghadiri temuduga atas sebab-sebab kecemasan. Hubungi bakal majikan seawal yang boleh dan maklumkan mengenai sebab anda tidak dapat hadir. Minta pertimbangan mereka untuk menjadual semula temuduga tersebut ke tarikh yang lain.

7. Rehat

Sebelum hari temuduga, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Anda perlukan tenaga dan minda yang cergas untuk sesi temuduga nanti. Masuk tidur lebih awal dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan untuk mengelak kepenatan dan kurang tumpuan apabila ditemuduga nanti.


Pada Hari Temuduga

1. Siapkan Diri

Mandi dan bersihkan diri. Ambil sedikit masa untuk mengenakan pakaian yang sesuai, memakai wangian dan perhiasan yang diperlukan (wanita). Jangan berlebih-lebih seperti memakai make- up tebal dan pakaian menjolok mata.

2. Datang Awal

Pastikan anda dating awal untuk temuduga. Banyak perkara di luar kawalan boleh berlaku seperti penutupan jalan, pengangkutan awam tergendala, kenderaan rosak dan lain-lain yang boleh mengganggu perancangan anda. Buat senarai semak untuk dokumen yang diperlukan dan pastikan semuanya telah disediakan.

Semasa Temuduga

1. Tenang Diri

Sentiasa bertenang dan berfikiran positif. Fokus anda sekarang ialah untuk “memenangi” hati penemuduga. Jangan fikirkan perkara lain yang boleh menjejaskan tumpuan seperti masalah peribadi . Jika anda rasa resah dan gemuruh, tarik nafas panjang dan bacalah doa penerang hati.

2. Suara Biar Jelas

Bercakap dengan jelas dan penuh keyakinan. Di sinilah pentingnya sesi latihan seperti dinyatakan di atas yang akan membantu anda menjawab dengan tepat dan lancar. Volume suara hendaklah tidak terlalu kuat ataupun terlalu perlahan. Apa yang penting ialah jawapan anda dapat didengari dan difahami oleh penemuduga.

3. Bahasa

Gunakan nahu dan tatabahasa yang betul di dalam temuduga lisan atau ujian bertulis yang diberi - Jika temuduga anda di dalam Bahasa Malaysia maka jawablah di dalam Bahasa Malaysia, begitu juga jika ianya di dalam Bahasa Inggeris. Elakkan dari menggunakan bahasa pasar atau mencampur adukkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

4. Eye Contact, Facial Expression & Body Language

Pastikan eye contact setiap kali menjawab soalan. Duduk dengan tegak, tertib dan “lean forward” untuk menunjukkan minat. Lihat mimik muka (facial expression) dan body language penemuduga untuk memahami apa yang mereka fikirkan tentang jawapan dan tingkah laku anda.

Jika penemuduga mengerutkan dahi, itu mungkin menunjukkan yang dia tidak memahami apa yang anda katakan. Beri penerangan lanjut dengan menggunakan senario lain dan contoh yang bersesuaian. Anda mungkin berhadapan dengan penemuduga yang sinis tetapi elakkan dari bertengkar dengan cara yang tidak wajar.

5. Promosi Diri - Beritahu Kelebihan Anda

Temuduga sebenarnya ialah satu sesi anda untuk mempromosi diri sendiri. Tunjukkan bakat anda dalam menjawab soalan, membincangkan isu, memberi pendapat dan membuktikan kebolehan anda dalam berbagai bidang. Biasanya temuduga akan mulakan soalan seperti

“Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda”.

Walaupun soalan ini nampak mudah, jangan sesekali mengambil mudah dan menjawab dengan sambil lewa. Anda perlu tunjukkan bahawa anda mempunyai sifat-sifat menarik untuk dikongsi. Seeloknya dalam semua jawapan anda, kaitkan dengan kebolehan dan kelebihan yang anda miliki untuk meyakinkan penemuduga bahawa andalah calon yang dicari.

6. Jangan Mengkritik

Anda dinasihatkan untuk tidak mengkritik terutama sekali bekas majikan anda walaupun anda tidak berpuas hati. Ini akan memberi tanggapan bahawa anda pekerja bermasalah dan tidak boleh bekerja di dalam satu kumpulan. Jika diminta memberi pendapat, utarakan perkara yang positif tentang bekas majikan anda dan nyatakan apa yang telah anda pelajari di sana.

7. Ketahui Maksud Di Sebalik Soalan (Fahamkan maksud dia)

Semua soalan yang ditanya sebenarnya bersebab. Fikirkan apa yang mungkin “dicari” oleh penemuduga didalam soalannya.
Contohnya jika soalannya

“Terangkan apa yang awak pelajari dari projek / kerja awak yang lepas”,

sebenarnya mereka ingin mengetahui tentang pengetahuan, komitmen dan tahap motivasi anda dalam melaksanakan sesuatu tugas. Jika soalannya berbunyi, “Di mana anda lihat diri anda 5 tahun dari sekarang”, ini menunjukkan yang mereka ingin melihat samada anda seorang yang mempunyai perancangan masa depan dan bercita-cita tinggi. Jadi jawablah dengan bijak.

8. Bertanya Soalan

Walaupun anda sedang ditemuduga, ini tidak bermakna anda tidak boleh bertanya soalan. Tanyalah soalan yang sesuai mengenai jawatan, bidang kerja dan faedah yang ditawarkan oleh bakal majikan.

Ini juga akan menunjukkan kepada penemuduga yang anda memang berminat dengan syarikat dan tugas yang akan ditawarkan. Jika tiada ruang untuk bertanya (selalunya anda akan diberi peluang bertanya), pastikan anda bertanya mengenai bagaimana untuk anda menyemak samada anda berjaya atau tidak di dalam temuduga tersebut.


5 Kesilapan Besar Di Dalam Temuduga (5T)

1. Terlalu Menekankan Tentang Duit (Gaji)

Elakkan bertanya terlalu banyak mengenai gaji kerana anda tidak mahu dicop sebagai mata duitan. Ketahui range gaji bagi jawatan yang di pohon dan nyatakan gaji yang anda inginkan di dalam range tersebut apabila ditanya.

2. Tidak Bertanya Mengenai Jawatan

Jika tiada soalan mengenai jawatan yang ditawarkan, itu bermakna anda tidak berminat. Maka syarikat juga tidak berminat dengan anda.

3. Teknik Komunikasi Yang Lemah

Tidak dinafikan temuduga membuat anda gemuruh, tetapi jangan biarkan ia menguasai anda hingga menyebabkan komunikasi anda terganggu. Jangan gopoh semasa menjawab sebaliknya jawab dengan perlahan tetapi jelas. Pastikan sebutan dan tatabahasa dijaga semasa menjawab.

4. Tiada Perancangan Kerjaya

“Gagal Merancang, Merancang Kegagalan”.

Majikan mencari pekerja yang mempunyai wawasan dan semangat untuk berjaya. Jika anda menjawab seperti “melepaskan batuk di tangga” , maka peluang anda untuk berjaya amat tipis. Tunjukkan potensi diri dengan pendapat bernas dan perancangan mengenai kerjaya anda. Anda pasti dipilih!

5. Tidak Sopan

-Semasa temuduga segala tingkah laku kita diperhatikan. Jagalah adab sopan dengan mengucapkan salam atau “Selamat Pagi / Petang” dan gunakan perkataan yang sesuai semasa berbicara. Cara duduk, body language dan cara menjawab soalan mencerminkan peribadi sebenar anda. Jauhi sifat sombong, sinis dan kurang ajar kerana ianya langsung tidak membantu.

P.S: Sekiranya masih lagi tidak tahu apakah persediaan sebelum temuduga, saya syorkan anda untuk mencari panduan lulus temuduga kerja kerajaan yang lengkap di sini.. Harap anda berjaya..!

Tips Terbaik Senang Dapat Kerja Kerajaan



Saya yakin ramai di antara anda nak kerja kerajaan, tapi tak reti macam mana nak apply, apa saluran-saluran yang ada, apa yg perlu dilakukan. Betul tak?

Jadi saya sediakan beberapa panduan untuk anda mendapat kerja kerajaan dengan senang sebelum pergi temuduga. Tips ini juga sangat membantu budak-budak muda yang tidak dapat menyambung pelajaran mereka di Institut Pengajian Tinggi tidak kiralah di IPTA atau IPTS.



Untuk pengetahuan anda, kerja kerajaan ni saya bahagikan mengikut beberapa bahagian. Kerja dengan:


1. Jabatan2 Kerajaan Negeri (Semenanjung)

-Contoh: JKR Malaysia (kecuali JKR Sabah dan Sarawak), Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Bandar & Wilayah, Jabatan Imigresen etc.

2. Jabatan2 Kerajaan Negeri (Sabah & Sarawak)

- Contoh: Jabatan Agama Islam, Jabatan Kehakiman Syariah, Pejabat Mufti, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Hutan etc.

3. Jabatan2 Kerajaan Negeri (Sabah & Sarawak)

- Contoh: Sama dgn (2) termasuk JKR, Jabatan Pertanian etc.

4. Jabatan/Kementerian Persekutuan (tidak melalui SPA)

Contoh: Polis, Tentera, Kementerian Pelajaran, LHDN, etc.

*untuk yang jawatan polis & tentera, anda boleh terus tanya atau pergi temuduga jika terdapat iklan kerja di surat khabar.

Pengalaman saya pada jawatan no.4 ni.

Apabila saya dapati ada iklan temuduga TUDM di Batu pahat, saya terus saja pergi ke sana dengan pakaian sukan. Untuk makluman anda, saya terlepas temuduga di JB, terus saya pergi ke BP. Dengan hanya minum air teh segelas, saya macam nak pitam selepas tamat temuduga itu.

Saya cadangkan anda terus saja pergi ke pusat temuduga jika ada jawatan ATm atau Polis diwar-warkan di akhbar.

5. Badan2 Berkanun

- Contoh: Lembaga Pelabuhan Klang, Yayasan Pahang etc.

6. Majlis2 Perbandaran/Bandaraya

- Contoh: DBKL, DBKU, DBKK, MPSJ, MPK etc.

7. Syarikat2 Berkaitan Kerajaan Negeri

- Contoh: Penang Port Sdn. Bhd., Syabas, etc.

8. Syarikat2 Berkaitan Kerajaan Persekutuan

- Contoh: Khazanah Nasional, TNB, Telekom, Celcom, BSN etc.

9. Menjadi Pendidik - Guru, Tutor, Pensyarah

- Contoh: Sekolah2, USM, IKBN, Kolej Komuniti, MRSM etc.

P.S: Saya cadangkan, sebelum anda betul-betul masuk kerja ke sektor kerajaan, saya syorkan anda kerja dulu dengan jabatan kerajaan yang saya masukkan. Kalau tak dapat yang TETAP, kerja SECARA KONTRAK dengan badan kerajaan pun tak mengapa... Lagi senang dapat kerja apabila anda ditemuduga nanti....

P.P.S: Sekiranya masih lagi tidak tahu apakah persediaan sebelum temuduga, saya syorkan anda untuk mencari panduan temuduga kerja kerajaan yang lengkap di sini.. Harap anda berjaya..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!