Showing posts with label Makanan n Masakan. Show all posts
Showing posts with label Makanan n Masakan. Show all posts

Monday, November 8

Ikan Masak Taucu - Sedap ke?

Kali ni saya nak buat post tentang makanan. Ikan masak taucu. Sedap ke? Kalau awek atau pakwe yang buatkan untuk anda, mestilah anda suka, kan..? Tak gitu? tak sedap pun kata "sedap" jugak.... Tak gitu? hehe. :)

Ok, kita terus terjun ke dalam kuali eh... Eh silap. Kita terus pergi dapur panaskan kuali dan dapur kita k...?

Berikut adalah bahan-bahannya:

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan
2 peket taucu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
3 cm halia
1 sudu teh asam jawa segera
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

*Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit ,kemudian goreng dahulu dan ditoskan.



Mayang/potong halus bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar. (Bagi anak-anak dara yang nak bagi pakwe makan tu, lada tu biarlah potong kecik sikit, karang tercekik pula laki korang tu.. kah3...)



Selepas tu, terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.



Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.


Haa...siap dah.....! "Abang....! Jom makan.... eee.. sedapnyeeeeee..............! :) "

P.S: Hahaha...bak kata mak aku.


Thursday, July 1

Cendawan Goreng Tepung


Cendawan Goreng Tepung... rasanya seperti isi ayam,rapuh dan lazat
dimakan dengan sos bercampurkan mayonis..... pernah makan ke?
Tahu tak cara membuatnya... Resipi ini cukup mudah,senang dan kosnya
cukup rendah... Ok saya ingin kongsikan resepi ini dan kongsi keenakan
makanan ini, walaupun ia masih baru lagi dalam sajian makanan kita, ia t
etap makanan Malaysia.... Selamat mencuba!!

BAHAN:

1kg cendawan(disiat)
2kotak tepung adabi ayam (ranggup)
3biji telur (putih telor sahaja,tambah jika perlu)
1/2peket tepung jagung (sama banyak dengan tepung adabi)
Minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan kedua-dua tepung tadi sama rata.
2. Masukan cendawan kedalam putih telur itu tadi.
3. Celupkan atau gaulkan sehingga rata cendawan itu tadi.
4. Goreng sehingga kekuningan.
5. Hidangakanya.

Tambahan
Makan dengan sos dan mayonis, rasa seperti makan 'chicken corn'.

**tips: Tidak perlu mengunakan garam dalam masakan ini kerana, tepung Adabi mengandungi garam yang secukupnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!