Showing posts with label pelaburan. Show all posts
Showing posts with label pelaburan. Show all posts

Thursday, June 23

Bermulanya Perjalanan Aku..

Pejam celik pejam celik tak sangka rupa-rupanya dah lama aku tak buat post baru dalam blog ni. Aku nak ceritalah pengalaman bermulanya perjalanan aku sebagai businesswoman.. Baru-baru ni aku jatuh sakit. Maklumlah.. Bekerja di bumi sarawak tanah borneo sini. Kau faham-faham jela budaya sini macammane kan.. Aku dapat weekend dari menteri pertahanan 5hari. So aku decided untuk beli tiket flight Malindo Air on the spot harga pergi dan balik Kl-Kuching 2ways RM1070.. MEMANG MAHAL GILER BEB. Disebabkan pada masa yang sama aku dah pun transfer rm10k pada 26/4/2016 hari kepada rakan kongsi aku dengan guna maybank2u sahaja, maka kontrak aku masih belum ditandatangani. Pada hari yang sama petang tu juga aku naik flight dan sampai sana jam 2030H. Jam 830 malam la beb.. Hehe. Sampai sana baru aku sign contract..Pening dah ke?

Untuk pengetahuan, aku dapat grab tender gunting rambut di upnm. . Di antara silent bos jelah. Takdelah hebat mana. Cuma aku nak cari rezeki halal je dengan rakan kongsi aku.

Aku rasa bersyukur sangat pada Illahi kerana membuka pintu rezeki aku seluas-luasnya. Tak sangka aku banyak berkenalan dengan orang atas-atas (geng2 sepupu dato' gak). Jadi.. Nak dijadikan cerita. Aku masih menunggu payment. Still menunggu.

Bisnes ni pun ada risikonya. Tak Kira bisnes apa sekalipun,tetap ada risikonya...Bukan selamanya untung sahaja. Tetap juga ada masalah timbul kalau kita tak tanganinya dengan segera. Aku berharap korang pun dapat ikut jejak
macam aku.

2 sifat ni kau kena terapkan dalam diri kau kalau kau nak berjaya dalam apa jua bisnes:
1. Jujur
2. Amanah

Kalau dua benda ni kau boleh jaga dengan baik. Insyaallah orang akan sentiasa follow kau dari belakang/ akan ada orang offer bisnes job besar kau. Aku percaya dengan hati suci yg bersih, orang sentiasa akan menai kira dari pelbagai sudut. Kalau aku ada 2juta ringgit yg orang amanahkan untuk aku pun, aku jaga dengan elok eventhough tangan aku cuma ada rm1. Ingat pesan aku..

P. S: kalau kau tak berani mencuba, kau takkan berjaya atau takkan ada perubahan yg baik untuk akan datang. Walau gagal at least kau 'berani mencuba'

Monday, February 28

Jangan Tertipu. Mesti Tahu Beza..

Ada yang menipu..? Opss, saya tidak rasa menipu adalah adil. Masih ramai yang tak tahu, apa itu. Jadi..anda perlu berhati-hati. Anda perlu tahu bezakan ketiga-tiganya. Berikut saya senaraikan:
-Perniagaan internet.
-Program internet.
-Pelaburan

Secara ringkas saya berikan perbezaan ketiga-tiganya,

1. Perniagaan internet
Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet terbahagi kepada perkhidmatan dan jualan produk (fizikal atau digital).

Contoh perkhidmatan ialah upah membuat website/blog, banner, menulis artikel (ghost writer) dan sebagainya.Contoh produk fizikal ialah menjual cadar,menjual barangan kesihatan,menjual tikar dan sebagainya. Produk akan dikirim melalui sistem pos.Manakala contoh produk digital ialah menjual ebook,perisian,MP3 ceramah dan sebagainya.

atau pun panduan maybank2u, kerja kerajaan dan sebagainya.


2. Program internet
Antara contoh program internet ialah program yang membolehkan kita mendapat pendapatan dari program pengiklanan dan komisyen jualan seperti Google Adsense, nuffnang, Clickbank,Dapatwang, commission junction, MLM, program-program affiliate dan sebagainya.

3. Pelaburan internet
Pelaburan internet adalah berisiko tinggi. Biasanya program ini digelar pelaburan cepat kaya , sistem piramid atau ponzi. Pelaburan internet adalah program yang meminta kita membayar sejumlah wang dan meminta kita mencari orang bawahan untuk mendapatkan keuntungan. Program ini banyak yang scam (penipuan internet) apabila penganjurnya cabut, ditutup oleh Bank Negara dan sebagainya.

Pelaburan internet biasanya menjanjikan pulangan yang kurang munasabah seperti pulangan 20% sebulan tanpa membuat apa-apa dan jika ingin cepat kaya ialah dengan mencari orang bawah (referal) . Contoh program ini ialah swisscash, ABfund,sistem kutu internet dsb.

Untuk program MLM ,berhati-hatilah kerana memang banyak syarikat MLM yang betul tetapi banyak juga yang menjual produk sebagai wayang sahaja untuk mengkaburkan pihak berkuasa dengan meyediakan produk .Untuk mengenalpasti program MLM yang disyaki sebenarnya program piramid ialah :

- Menyediakan produk yang meletakkan harga yang tinggi tidak sebanding dengan kualiti produknya
- Kata-kata tidak perlu menjual, tidak perlu maintenance bulanan

- Tidak banyak bercerita mengenai produk tetapi lebih kepada bagaimana sistem menjana kewangan dan testimoni jadi jutawan.

Monday, February 14

Pelaburan Apakah yang Terbaik?

Mungkin ramai yang ingin tahu dimanakah tempat pelaburan yang terbaik ketika ini.

Dan pastinya anda tertanta-tanya kenapa saya meletakkan telur emas dalam sangkar burung..?

Nah...inilah yang dikatakan sebagai investment jangka masa panjang. Telur berwarna emas melambangkan emas yang kita miliki. Telur yang berada dalam sangkar emas pula bermaksud simpanan yang orang tak nampak kita simpan atau orang ramai tak tahu apa yang kita simpan selama ini. Terperap je dalam tu kan...? Errmm... terperap-perap pun emas yang bernilai tau!

Seperti yang kita semua sedia maklum ekonomi negara kini berada dalam keadaan bertambah baik akhir-akhir ini. Tapi harga barang semakin lama semakin naik.

Sepanjang tahun ini FBM KLCI (saham) berada pada paras tertinggi dan berada sekitar 1,500 mata. Matawang RM semakin kukuh berbanding US Dollar.

Harga Emas naik mencanak pada akhir tahun lalu dan mulai turun menjelang Tahun Baru Cina.

Maka ramailah yang mulai tertanya-tanya?
Dimanakah tempat terbaik untuk melabur pada masa sekarang?
Sebenarnya terdapat banyak tempat pelaburan yang terbaik! Dan terdapat pelbagai cara untuk melakukannya.

Tapi itu semua jika anda tahu dan punyai maklumat yang tepat atau dengan kata lain, anda ada ilmu pengetahuan!

Sebab itulah, bagi yang Pakar, tempat terbaik untuk melabur (bukan sahaja pada masa sekarang bahkan sepanjang masa) adalah dengan MELABUR DALAM DIRI SENDIRI!

Omputih cakap "invest in yourself".

Ini bermakna anda boleh membaca buku berkaitan ekonomi dan pelaburan.

Menghadiri seminar, sering bertanyakan soalan kepada pakar, atau anda mungkin boleh sambung belajar. Ini adalah cara yang paling bagus dan terbaik untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan anda!

Pulangannya bukan sekadar wang tapi diri anda sendiri akan menjadi lebih bernilai!

Yang paling menarik, melabur dalam diri sendiri dalam Ilmu ini tiada risiko kerugian!
Rugi jika anda tak guna Ilmu yang ada dan praktikkannya! Itu sahaja!

Namun begitu jika anda nak tahu cara terbaik memilih pelaburan yang menguntungkan, anda boleh dapatkan Ebook BAGAIMANA MEMILIH PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN melalui link berikut:

Emas kewangan Peribadi

Melalui link tersebut anda juga berpeluang mengetahui Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Akaun Pelaburan Emas!

Jadi jangan tunggu lagi dapatkannya sekarang jika anda nak milikinya...


Friday, September 4

Bagaimana atasi masalah kegawatan?

Seperti yang anda belum ketahui, mungkin kita belum rasa kesan dari kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara pada ketika dulu.

Kemungkinan besar kesan serantau ini akan melanda pada awal tahun hadapan dan semestinya kegawatan ini alan mendebarkan hati kita.

Tetapi hakikatnya ramai yang masih tidak menyedarinya tentang kemelesetan ekonomi dan juga masalah kewangan yang melanda mereka sekarang ini. siapakah dia? tentulah anda orangnya….

Anda perlu tahu bahawa kerajaan telah mengakui berlakunya kemelesetan ekonomi global dengan mengurangkan kadar caruman wajib pekerja daripada 11% kepada 8% . Mengapa boleh jadi begini? kerana….. kerajaan mahu kita berbelanja supaya merangsang ekonomi negara.

Untuk mengatasi masalah ini, saya berpendapat ada baiknya anda mengambil satu ulangkah yang efektif bagaimana untuk anda melangkah satu tapak maju ke hadapan dalam apa jua perniagaan. contohnya perniagaan internet, perniagaan perabot dan sebagainya.

Mungkin inilah masanya untuk anda berubah ke arah revolusi yang cemerlang dan gemilang dalam hidup anda iaitu dengan PELABURAN YANG BIJAK TANPA ORANG TENGAH Sahutlah cabaran saya ini.. Suatu hari nanti anda akan berterima kasih dengan saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!