Pages

Monday, November 8

Bagaimana Lulus Temuduga


Ok, hari ni kita akan cakap pasal bagaimana nak lulus temuduga dengan jayanya...! Ya, Lulus temuduga.

Panduan ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman dan boleh digunakan sebagai panduan untuk kerja kerajaan ataupun swasta. Ia dibahagikan kepada 3 peringkat;

-Sebelum,
-Hari Temuduga dan
-5T yang perlu dielakkan.


Sebelum
: Ini adalah peringkat paling penting dimana hampir 50% persiapan mesti dilakukan. Kegagalan untuk merancang dengan baik akan menyebabkan anda kecewa dengan hasil temuduga nanti.

1. Cari maklumat !

Maklumat paling penting ialah mengenai latarbelakang syarikat. Ketahui serba sedikit mengenai struktur organisasi syarikat, produk, industri, market share (penguasaan syarikat ke atas pasaran luar contohnya Syarikat A menguasa 30% daripada pasaran telekomunikasi tempatan), dan yang paling penting ialah mengenai job description atau bidang tugas untuk jawatan yang dipohon. Kebanyakan maklumat boleh diperolehi melalui internet lebih-lebih lagi bagi syarikat yang mempunyai laman web sendiri. Jika tidak, anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan bertanya kepada kawan atau saudara mara yang pernah / sedang bekerja di sana. Jika tiada maklumat, maka langkah terakhir ialah dengan menghubungi Jabatan Sumber Manusia dan bertanya mengenainya.


2. Latih Diri Anda Bercakap

Untuk memastikan kelancaran menjawab soalan, anda perlu berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang dirasakan akan ditanya oleh penemuduga. Buat latihan sebanyak mungkin bersama kawan anda dan dapatkan pandangan orang ke 3 mengenai “pencapaian” anda. Perbaiki kelemahan seperti bercakap terlalu perlahan, terlalu laju atau tergagap-gagap. Untuk ujian bertulis, buat latihan penulisan supaya anda dapat menjawab dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Pastikan Lokasi , Masa, & Pengangkutan

Ketahui dengan tepat di mana lokasi temuduga. Sebolehnya anda dinasihatkan untuk pergi ke lokasi untuk mengetahui jarak sebenar dengan kediaman dan masa yang diperlukan untuk sampai ke sana. Jika lokasinya di bandar besar, anda perlu mengambilkira faktor lain seperti kesesakan lalulintas, jenis pengangkutan awam yang boleh digunakan dan untuk yang memandu, tempat parking yang berhampiran. Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga supaya anda tidak perlu tergesa-gesa pada hari penting itu nanti.

4. Pakai Yang Sesuai

Kenakan pakaian yang sesuai untuk jawatan yang dipohon. Gunakan pakaian yang bersih dan cantik (tak semestinya baru) supaya anda kelihatan lebih menarik.

Jika perlu, pakai tali leher (untuk lelaki) dan seluar panjang serta jaket (untuk perempuan). Gaya rambut juga perlu kemas dan menawan. Untuk lelaki, seeloknya rambut mestilah pendek dan disisir rapi.

5. Bawa Dokumen Penting Dalam Clear Holder

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk temuduga seperti gambar, transkrip peperiksaan, salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan, resume, portfolio kerja dan contoh projek yang telah dilaksanakan. Elak dari menggunakan gambar lama atau sijil yang sudah usang kerana ini akan memberi gambaran negatif tentang kebolehan anda untuk merancang dan menguruskan tugas.

Jangan sekali-kali memalsukan maklumat akademik, ko-kurikulum dan pencapaian anda dengan harapan untuk menarik perhatian syarikat. Jika anda didapati bersalah memalsukan maklumat, ia mungkin akan menjejaskan peluang anda untuk memohon kerja di tempat lain. Anda mestilah jujur dan ikhlas kerana ia adalah sifat-sifat yang dicari oleh semua majikan.

6. Hadirkan Diri pada Temuduga. (Tak dapat tak apa..)

Sahkan kehadiran anda untuk sesi temuduga. Anda harus memastikan bahawa anda memang ingin menghadiri temuduga dan jawatan yang ditawarkan adalah sesuatu yang anda inginkan. Jangan hadiri temuduga hanya kerana anda tidak dipanggil untuk temuduga lain yang anda harapkan. Jika rasa tidak berminat, batalkan sahaja temuduga dengan member notis awal kepada bakal majikan. Perkara yang sama perlu dibuat sekiranya anda tidak dapat menghadiri temuduga atas sebab-sebab kecemasan. Hubungi bakal majikan seawal yang boleh dan maklumkan mengenai sebab anda tidak dapat hadir. Minta pertimbangan mereka untuk menjadual semula temuduga tersebut ke tarikh yang lain.

7. Rehat

Sebelum hari temuduga, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Anda perlukan tenaga dan minda yang cergas untuk sesi temuduga nanti. Masuk tidur lebih awal dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan untuk mengelak kepenatan dan kurang tumpuan apabila ditemuduga nanti.


Pada Hari Temuduga

1. Siapkan Diri

Mandi dan bersihkan diri. Ambil sedikit masa untuk mengenakan pakaian yang sesuai, memakai wangian dan perhiasan yang diperlukan (wanita). Jangan berlebih-lebih seperti memakai make- up tebal dan pakaian menjolok mata.

2. Datang Awal

Pastikan anda dating awal untuk temuduga. Banyak perkara di luar kawalan boleh berlaku seperti penutupan jalan, pengangkutan awam tergendala, kenderaan rosak dan lain-lain yang boleh mengganggu perancangan anda. Buat senarai semak untuk dokumen yang diperlukan dan pastikan semuanya telah disediakan.

Semasa Temuduga

1. Tenang Diri

Sentiasa bertenang dan berfikiran positif. Fokus anda sekarang ialah untuk “memenangi” hati penemuduga. Jangan fikirkan perkara lain yang boleh menjejaskan tumpuan seperti masalah peribadi . Jika anda rasa resah dan gemuruh, tarik nafas panjang dan bacalah doa penerang hati.

2. Suara Biar Jelas

Bercakap dengan jelas dan penuh keyakinan. Di sinilah pentingnya sesi latihan seperti dinyatakan di atas yang akan membantu anda menjawab dengan tepat dan lancar. Volume suara hendaklah tidak terlalu kuat ataupun terlalu perlahan. Apa yang penting ialah jawapan anda dapat didengari dan difahami oleh penemuduga.

3. Bahasa

Gunakan nahu dan tatabahasa yang betul di dalam temuduga lisan atau ujian bertulis yang diberi - Jika temuduga anda di dalam Bahasa Malaysia maka jawablah di dalam Bahasa Malaysia, begitu juga jika ianya di dalam Bahasa Inggeris. Elakkan dari menggunakan bahasa pasar atau mencampur adukkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

4. Eye Contact, Facial Expression & Body Language

Pastikan eye contact setiap kali menjawab soalan. Duduk dengan tegak, tertib dan “lean forward” untuk menunjukkan minat. Lihat mimik muka (facial expression) dan body language penemuduga untuk memahami apa yang mereka fikirkan tentang jawapan dan tingkah laku anda.

Jika penemuduga mengerutkan dahi, itu mungkin menunjukkan yang dia tidak memahami apa yang anda katakan. Beri penerangan lanjut dengan menggunakan senario lain dan contoh yang bersesuaian. Anda mungkin berhadapan dengan penemuduga yang sinis tetapi elakkan dari bertengkar dengan cara yang tidak wajar.

5. Promosi Diri - Beritahu Kelebihan Anda

Temuduga sebenarnya ialah satu sesi anda untuk mempromosi diri sendiri. Tunjukkan bakat anda dalam menjawab soalan, membincangkan isu, memberi pendapat dan membuktikan kebolehan anda dalam berbagai bidang. Biasanya temuduga akan mulakan soalan seperti

“Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda”.

Walaupun soalan ini nampak mudah, jangan sesekali mengambil mudah dan menjawab dengan sambil lewa. Anda perlu tunjukkan bahawa anda mempunyai sifat-sifat menarik untuk dikongsi. Seeloknya dalam semua jawapan anda, kaitkan dengan kebolehan dan kelebihan yang anda miliki untuk meyakinkan penemuduga bahawa andalah calon yang dicari.

6. Jangan Mengkritik

Anda dinasihatkan untuk tidak mengkritik terutama sekali bekas majikan anda walaupun anda tidak berpuas hati. Ini akan memberi tanggapan bahawa anda pekerja bermasalah dan tidak boleh bekerja di dalam satu kumpulan. Jika diminta memberi pendapat, utarakan perkara yang positif tentang bekas majikan anda dan nyatakan apa yang telah anda pelajari di sana.

7. Ketahui Maksud Di Sebalik Soalan (Fahamkan maksud dia)

Semua soalan yang ditanya sebenarnya bersebab. Fikirkan apa yang mungkin “dicari” oleh penemuduga didalam soalannya.
Contohnya jika soalannya

“Terangkan apa yang awak pelajari dari projek / kerja awak yang lepas”,

sebenarnya mereka ingin mengetahui tentang pengetahuan, komitmen dan tahap motivasi anda dalam melaksanakan sesuatu tugas. Jika soalannya berbunyi, “Di mana anda lihat diri anda 5 tahun dari sekarang”, ini menunjukkan yang mereka ingin melihat samada anda seorang yang mempunyai perancangan masa depan dan bercita-cita tinggi. Jadi jawablah dengan bijak.

8. Bertanya Soalan

Walaupun anda sedang ditemuduga, ini tidak bermakna anda tidak boleh bertanya soalan. Tanyalah soalan yang sesuai mengenai jawatan, bidang kerja dan faedah yang ditawarkan oleh bakal majikan.

Ini juga akan menunjukkan kepada penemuduga yang anda memang berminat dengan syarikat dan tugas yang akan ditawarkan. Jika tiada ruang untuk bertanya (selalunya anda akan diberi peluang bertanya), pastikan anda bertanya mengenai bagaimana untuk anda menyemak samada anda berjaya atau tidak di dalam temuduga tersebut.


5 Kesilapan Besar Di Dalam Temuduga (5T)

1. Terlalu Menekankan Tentang Duit (Gaji)

Elakkan bertanya terlalu banyak mengenai gaji kerana anda tidak mahu dicop sebagai mata duitan. Ketahui range gaji bagi jawatan yang di pohon dan nyatakan gaji yang anda inginkan di dalam range tersebut apabila ditanya.

2. Tidak Bertanya Mengenai Jawatan

Jika tiada soalan mengenai jawatan yang ditawarkan, itu bermakna anda tidak berminat. Maka syarikat juga tidak berminat dengan anda.

3. Teknik Komunikasi Yang Lemah

Tidak dinafikan temuduga membuat anda gemuruh, tetapi jangan biarkan ia menguasai anda hingga menyebabkan komunikasi anda terganggu. Jangan gopoh semasa menjawab sebaliknya jawab dengan perlahan tetapi jelas. Pastikan sebutan dan tatabahasa dijaga semasa menjawab.

4. Tiada Perancangan Kerjaya

“Gagal Merancang, Merancang Kegagalan”.

Majikan mencari pekerja yang mempunyai wawasan dan semangat untuk berjaya. Jika anda menjawab seperti “melepaskan batuk di tangga” , maka peluang anda untuk berjaya amat tipis. Tunjukkan potensi diri dengan pendapat bernas dan perancangan mengenai kerjaya anda. Anda pasti dipilih!

5. Tidak Sopan

-Semasa temuduga segala tingkah laku kita diperhatikan. Jagalah adab sopan dengan mengucapkan salam atau “Selamat Pagi / Petang” dan gunakan perkataan yang sesuai semasa berbicara. Cara duduk, body language dan cara menjawab soalan mencerminkan peribadi sebenar anda. Jauhi sifat sombong, sinis dan kurang ajar kerana ianya langsung tidak membantu.

P.S: Sekiranya masih lagi tidak tahu apakah persediaan sebelum temuduga, saya syorkan anda untuk mencari panduan lulus temuduga kerja kerajaan yang lengkap di sini.. Harap anda berjaya..!

0 komen:

Post a Comment

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia 245,752 Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM9,950 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...