Wednesday, December 22

Mengapa Polis Tembak Aminulrasyid Amzah?

Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah.

Disebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid,kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panikselepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.


“Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah,” katanya di pekarangan rumah mayat, HospitalTengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan.

Aminulrasyid pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, mati di tempat kejadian.

Laporan polis rakan mangsa: Remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.



Dakwanya, kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.


Dalamaduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untukmenyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnyadari belakang.


Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.


“KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Amzahyang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polisperonda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi semalam.


PKPIM berpandangan pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar terbabit menyerah diri.


Tambahanpula, mangsa terbabit masih dikategorikan dalam lingkungan bawah umurdan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, ShahAlam. Maka, bagi PKPIM kes pembunuhan yang trajis ini adalah sesuatuyang mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku.


Ekoran itu, sebagai persatuan yang memayungi seluruh pelajar Islam diMalaysia. PKPIM atas rasa tanggungjawab telah melancarkan kempen “Keadilan Untuk Aminulrasyid” melalui kumpulan facebook sebagai suatu anjakan kesedaran kepada seluruh masyarakat untuk menuntut keadilan terhadap kematian seorang pelajar ini.


Kempen yang bergerak melalui kumpulan facebook “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” ini juga bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin anggota masyarakat yang prihatin terhadap keluarga mangsa berkenaan.Maka, menerusi suara ini kita akan mendesak agar pihak polis serius dan mengutamakan keadilan dalam melakukan siasatan terhadap insiden yang memalukan ini agar insiden yang sama tidak berulang akibat dari kecuaian pihak polis.


Dalam perkembangan berkaitan, kita juga akan menuntut agar pihak yang berkaitan khususnya media bersifat telus dalam melaporkan setiap siasatan polis kepada orang ramai.


KENYATAAN MEDIA: PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

P.S: Kalau zaman dulu, budak-budak lari pun polis kejar pakai moto besar je. takdak pun guna pistol-pistol ni.. Dia orang ingat dia polis, sesuka hati je tembak-tembak.

P.P.S: Polis tiada bukti menunjukkan budak ni melakukan jenayah sedangkan dia hanya membawa parang, tapi tiada pula menghayun.

P.P.P.S: Nasib baik la rakyat hanya dijaga oleh polis, kalau tentera yang jaga macam kat Maynmar tu, Kalau Tentera dah kawal, polis dah tiada kuasa...... :)

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!