Saturday, January 9

Bukan Sekadar Autoresponder Pemasarn Email

Di dalam artikel lepas yang bertajuk “Bukan Sekadar Sembarangan Autoresponder Untuk Pemasaran Email Anda!“, saya mengupas topik kenapa anda perlu memilih servis autoresponder yang terbaik bagi pemasaran email anda. Di dalam artikel tersebut, saya syorkan Aweber dan Getresponse.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk mendapatkan Aweber atau Getresponse. Saya juga bersedia dengan sebarang komen serangan ke atas saya disebabkan penulisan artikel tersebut, dan seperti yang dijangkakan, memang ada orang yang berikan komen susulan ke atas pendapat saya.

Begini, saya tidak memaksa anda untuk mendapatkan Aweber atau Getresponse untuk bisnes internet anda. Sebabnya, saya tidak pasti bagaimana anda membina mailing list anda dan berapa responsif pembaca email anda terhadap tawaran yang anda berikan (saya andaikan anda ada tawaran yang akan mendatangkan jualan kepada anda). Saya sendiri pun tidak bermula dengan Aweber atau Getresponse.

Saya menggunakan AutoResponse Plus 3 pada permulaannya dan masih menggunakan autoresponder ini untuk beberapa mailing list saya. Tetapi, berdasarkan pengalaman, memang ada jauh jurangnya di antara servis autoresponder yang mula-mula saya guna dengan servis autoresponder GetResponse yang saya gunakan.

Itulah sebabnya saya lebih suka menggunakan Getresponse daripada Autoresponse Plus 3.

Mengapa saya guna Getresponse dan tidak Aweber?

Sebenarnya, saya lebih tertarik untuk menggunakan Aweber dan memang saya pernah menggunakan Aweber buat seketika. Itulah sebabnya saya syorkan Aweber dan Getreponse tetapi disebabkan pada masa tersebut, projek yang saya jalankan tidak membenarkan saya menggunakan Aweber, maka saya terpaksa mencari jalan lain dan memilih Getresponse. Aweber terpaksa saya lepaskan.

Jadi, anda sekarang tahu kenapa saya memilih GetResponse dan Aweber.

Bagaimana pula Norabots, Traffic Wave, Turbo Autoresponders dan sebagainya?

Saya tidak dapat memberikan komen terhadap Norabots kerana saya tidak pernah menggunakannya, tetapi seperti servis autoresponder baru yang lain, pengendalinya perlu membina jaringan yang baik dengan Internet Service Provider (ISP) yang lain supaya tahap pengiriman email dan komplen spam tidak timbul.

Pendapat saya ialah ianya tidak mustahil jika suatu hari nanti Norabots pun dapat bersaing dengan servis autoresponder yang sudahpun ternama tetapi anda perlu ingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk membina jaringan bisnes yang baik dengan pelbagai ISP ini.

Traffic Wave pun begitu juga. Ianya merupakan servis autoresponder yang baru jika dibandingkan dengan Aweber atau Getresponse. Traffic Wave adalah unik kerana ianya bukan sahaja memberikan servis autoresponder tetapi syarikat ini juga menyediakan peluang anda menghasilkan pendapatan “multi-level” yang lumayan. Jangan disebabkan saya syorkan Aweber dan Getresponse, anda rasa saya cuba menutup bisnes orang lain yang mempromosikan Traffic Wave pula. Saya pun mempunyai akaun Traffic Wave di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave tetapi buat masa sekarang, saya lihat Traffic Wave lebih kepada peluang menjana pendapatan daripada servis autoresponder yang terbaik.

TurboAutoresponders.com, AutomateYourList.com dan beberapa lagi servis yang anda lihat mempunyai laman web yang seakan-akan serupa dengan TurboAutoresponders.com dan AutomateYourList.com ini adalah “Private Label” daripada servis Aweber dan mereka masih lagi mengenakan caj lama sebelum Aweber kemaskinikan harga baru mereka. Jadi, ini mungkin merupakan salah satu cara yang agak baik untuk anda masih menggunakan autoresponder yang mempunyai sistem Aweber, tanpa perlu membayar harga Aweber sekarang.

Sebagai kesimpulannya, jika ingin dibincangkan satu persatu servis autoresponder yang ada, saya rasa memang saya tidak akan habis menulis artikel ini. Contohnya, Global Virtual Opprtunity (GVO) juga menyediakan servis autoresponder mereka sendiri. Walaupun saya adalah juga ahli GVO, anda mungkin tidak pernah lihat saya mempromosikan servis autoresponder mereka kerana saya lihat GVO sebagai syarikat yang lebih menekankan servis web hosting dan peluang pendapatan di internet. Bagaimana pula icontact.com, constantcontact.com dan sebagainya? Pasti anda sendiri pun tidak terlayan untuk menyelidiki semuanya.

Tidak salah untuk anda menggunakan autoresponder selain daripada Getresponse dan Aweber. Getresponse dan Aweber pun ada kekurangan dan kelebihannya yang anda sedar atau pun tidak. Tetapi anda perlu juga pertimbangkan beberapa fakta penting yang telah saya nyatakan di dalam artikel “Bukan Sekadar Sembarangan Autoresponder Untuk Pemasaran Email Anda!” yang lepas.

Untuk saya, walaupun anda boleh lihat yang saya “mempunyai” banyak akaun autoresponder dari pelbagai syarikat yang lain (termasuk saya sendiri menggunakan Autoresponse Plus 3), saya masih lagi menyarankan Aweber dan Getresponse sahaja. Ini kerana saya ingin sampaikan kepada anda apa yang saya rasakan terbaik jika anda benar-benar serius di dalam pemasaran email anda.



==================================================================
Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
==================================================================

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!