Saturday, August 17

Bagaimana Nak Beli Rumah- CARA pRO ? (Siri 1)

Jom beli umah Pertama !
Skim Rumah Pertama, bagaimana ianya boleh menjadi musibah jika anda menggunakannya untuk membina LIABILITI anda dan rahmat jika anda guna untuk bina ASET anda. 

=============================================== 
Bagaimana membeli rumah ber’status’ LIABILITI ===============================================

 Rumah ini adalah rumah untuk anda diami, jika anda menggunakan Skim Rumah Pertama 0% downpayment untuk membeli, anda RUGI. Sangat RUGI. Kenapa? …. Anda membayar lebih banyak duit ‘interest’… Lebih banyak duit anda rugi dalam jangka masa panjang… Sedikit pengiraan kasar, harga rumah maksimum skim rumah pertama ialah RM220,000. Anda lihat berapa jumlah ‘interest’ yang anda bayar;

 ********************
0% downpayment
********************
COntoh eh...
Harga Rumah: RM220,000 % interest (kasar): 6.30% (BLR Oktober)
Tempoh bayaran balik: 30 tahun
 Bayaran bulanan: RM1,362
Jumlah bayaran pada bank: RM490,320
Jumlah lebihan anda bayar: RM490,320 – RM220,000 : RM270,320

********************
 10% downpayment
 ********************
Contohnya,
 Harga Rumah: RM220,000 % interest (kasar): 6.30%
 Tempoh bayaran balik: 30 tahun Bayaran bulanan: RM1,226
 Jumlah bayaran pada bank: RM441,360
 Jumlah lebihan anda bayar: RM441,360 – RM220,000 : RM221,360
Perbezaan lebih kurang RM48,960.

Tapi anda lihat, jika anda bayar 10% downpayment sekalipun, jumlah keseluruhan yang anda bayar pada bank adalah melebihi harga 2 buah rumah yang anda beli… inikan pula jika 0% downpayment. AMAT RUGI… AMAT RUGI..

Cara ideal untuk membeli rumah untuk anda sendiri diami dan MENGURANGKAN anda bayar ‘interest’ (sesuatu yang merugikan) adalah dengan; 1 – bayar downpayment tinggi 2 – pendekkan tempoh pinjaman Lagi panjang tempoh bayaran, lagi tinggi interest, lagi banyak wang yang tak sepatutnya dibayar, lagi tinggi bank untung

=========================================================== Jadi Bagaimana nak MANIPULASI Skim Rumah Pertama menjadi ASET? ===========================================================

Jadikan rumah tersebut sebagai rumah sewa. Anda beli dan sewakan! Ketika itu, rumah yang anda beli sudah menjadi ASET buat anda kerana ianya mendatangkan wang untuk anda, dan bukan mengeluarkan wang dari poket anda.

Untuk beli rumah untuk ANDA SENDIRI DIAMI, cara ideal ialah;

1 – bayar downpayment tinggi
2 – pendekkan tempoh pinjaman-akan mengurangkan jumlah interest yang perlu dibayar Untuk beli rumah untuk disewakan, idealnya kontra dengan idea ideal rumah anda diami;

1 – bayar downpayment serendah mungkin
2 – panjangkan tempoh pinjaman sepanjang mungkin Tapi menggunakan Skim Rumah Pertama, anda tak perlu bayar downpayment! Zero cost untuk anda!

————————————————————————————
Skim Rumah Pertama: ASET Zero Cost? ————————————————————————————-

Untuk beli rumah untuk disewakan, idealnya kontra dengan idea ideal rumah anda diami;

1 – bayar downpayment serendah mungkin
2 – panjangkan tempoh pinjaman sepanjang mungkin Betul,

2 langkah di atas jika digunapakai dalam membeli RUMAH UNTUK ANDA DIAMI adalah satu tindakan yang amat kurang bijak kerana ianya hanya akan meningkatkan kadar bayaran ‘interest’ pada bank. Tapi jika digunakan untuk membeli ASET yang akan anda jadikan sebagai rumah sewa, adalah sangat menguntungkan.

Objektif utama 2 langkah itu adalah;

 i – mengurangkan bayaran bulanan anda
ii – meningkatkan ‘cashflow’ bulanan anda Ok sekarang, rumah yang anda beli menggunakan approach ini akan anda sewakan, jadi sebolehnya anda mahu meminimumkan jumlah yang anda perlu bayar kepada bank. Contohnya untuk pinjaman perumahan biasa, downpayment paling minimum adalah 10% dari harga rumah. Itu paling minimum; Sebagai contoh sebuah Apartment, harganya dalam RM150,000 dan rate sewa dalam RM800. Kiraan kasar untuk pinjaman dengan minimum downpayment 10%;
________________________________________

Harga Rumah: RM150,000 % interest: 6.3 (BLR Oktober 2011)
 Tempoh pinjaman: 25 tahun Downpayment 10%: RM15,000
 Bayaran bulanan: RM895 Kadar Sewaan : RM800 ________________________________________

Kiranya dengan rate ini anda hanya perlu bayar RM95 sebulan kepada bank dan apartment itu milik anda! Tapi cuba kita panjangkan tempoh pinjaman pada bank menjadi 40 tahun, ini kiraan kasarnya;

 ______________________________________

 Harga Rumah: RM150,000 % interest: 6.3 (BLR Oktober 2010) Tempoh pinjaman: 40 tahun Downpayment 10%: RM15,000 Bayaran bulanan: RM771 Kadar Sewaan : RM800 ______________________________________

Huh, anda tak perlu bayar satu sen pun pada bank bahkan anda ada lebihan cashflow RM29 setiap bulan! Anda dapat sebuat apartment tanpa perlu bayar satu sen pun setiap bulan bahkan dapat duit tambahan lagi!
=======================================================
 Ciput je untung rupanya… nilai sebenar keuntungan adalah pada ‘CAPITAL GAIN’ ASET tersebut dalam jangka masa panjang dan kenaikan harga sewa 5 tahun sekali =======================================================

 Tapi menggunakan kelebihan yang kerajaan beri dalam Skim Rumah Pertama, anda akan membina ASET anda tanpa perlu mengeluarkan RM15,000 untuk downpayment seperti pinjaman di atas! Anda bermula dengan kos HAMPIR ZERO (mengambil kira minor kos guaman dan lain-lain)

 ______________________________________

Harga Rumah: RM150,000 % interest: 6.3 (BLR Oktober 2010) Tempoh pinjaman: 40 tahun Downpayment 0%: - Bayaran bulanan: RM857 Kadar Sewaan : RM800 ______________________________________

Setiap bulan anda hanya perlu bayar RM57 sahaja kepada bank dan anda memiliki rumah tersebut dengan 0% downpayment

==============================================
 TAK PERLU BAYAR RM15,000 DOWNPAYMENT HANYA RM57 SEBULAN ANDA dAH ADA ASET ANDA! Terima kasih kepada kerajaan! ==============================================

Jangan sesekali guna SRP untuk beli rumah untuk anda diami sendiri kerana anda akan RUGI BESAR! Guna SRP untuk bina ASET PERTAMA anda dan anda akan mendapat UNTUNG BESAR! Kalau nak hurai lagi agak panjang dah ni, tapi rasanya anda dapat ideanya kan? Nak beli rumah pula bukan boleh beli begitu saja, banyak faktor-faktor yang harus diambil kira.

Ikutin siri seterusnya selepas ni....


0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!