Showing posts with label Loan Koperasi Tentera. Show all posts
Showing posts with label Loan Koperasi Tentera. Show all posts

Tuesday, September 18

Pengalaman Buat Loan Koperasi Tentera : Part 4

Bulan depannya, iaitu April 2017

Aku pergi jumpa brader koperasi.
Aku bincang dengan dia elok-elok yang aku nakkan gaji bersih jadi RM1400+

Aku menyatakan hasrat nak buat loan berpenjamin 2 orang.

buat loan ada penjamin 2 orang TUTUP loan express 8k tu tadi.

So...aku reloan semula dengan buat Rm17K.
Terpaksa tekan besar.

dari 12000 ke 17000
tapi masa ni loan aku dah berbaki rm9000+ je...so aku lega la.

Mujur,
loan express aku yang 8K tu dah dapat ditutup.
Kiranya aku gali lubang, tutup lubang la.

Apa yang aku dapat?

Mei 2017

Potongsn koperasi aku dari Rm1092 turun kepada RM449.76 sebulan
Gaji bersih= RM1494.45

gaji bersih aku masa ni Rm1494.45

Kebetulan rezeki aku,
Gaji pokok naik lagi menjadi = RM2,041.83
Aku ada lega sikit.

Tapi tak bertahan lama lah.sekejap je
Sehingga Januari 2018, 8 bulan je merasa gaji rm1500. hahahaha










Pengalaman Buat Loan Koperasi Tentera : Part 3

sambungan dari part 2

Ogos 2016

Gaji pokok aku naik lagi Rm100, dari 1836 menjadikan = RM1936.83
tapi aku ada masalah besar waktu ni.

Ni haa, gaji aku dah naik 100 dari Rm1836

Disebabkan aku nak pakai duit sangat dan tiada cash money. Nak buat loan bank memang tak lepas dah. Sebab tak boleh...
Kalau kau tanya aku, kenapa tak boleh? aku pun tak boleh nak jawab. Jawapan aku, sebab aku army kot.hahaha

Aku pun pergilah ke koperasi dengan rela hati, tekan lagi loan koperasi tentera RM8K. Loan express lak tuh

potongan koperasi

Dari Rm561.39 menjadi RM1,092.07 sebulan.
Banggggggg! mati aku..

wahhh...besauuu tu!
Agak-agak lah kan, aku boleh beli rumah sebijik dengan harga RM200ribu tak?
Menyesal aku beb.....serius menyesal.

Gaji yang tinggal = RM762.64

Potongan sampai Rm1092 beb, nak makan apa?
8 bulan aku merana. Dari Ogos 2016 sampai Mas 2017
Akhirnya ...jeng..jng..jeng....

Nak tahu apa jadi?

Haa...sambung part 4



Pengalaman Buat Loan Koperasi Tentera : Part 2

Macam aku cakap sebelum-sebelum ni. Potongan loan koperasi tentera aku masih berjalan Rm561.39 sebulan.

Jan 2016

Aku senyum lagi hehe
Mana tidak??
 Gaji pokok naik lagi , dari Rm1636.83 go to = RM1836.83
Tunggakan gaji yang aku dapat kali ke2 = RM2,043.34
Bonus Penjawat awam = RM500



Kalau kau jadi aku, tak senyum ke? hehe. Fuhh..,meleret aku senyum waktu naik motor seharian beb.

Buddy aku mula perli aku dah
Buat mula bengang- minta belanja.
Sebab tunggakan gaji dia belum masuk lagi.
Last2 aku hulur dia rm200 sebab dia banyak tolong aku waktu aku susah.
siapa tak ingat buddy, oi..... 

Sambung part 3 


Pengalaman Buat Loan Koperasi Tentera: Part 1


FIRST TIME BUAT LOAN

Aku mula buat loan berpenjamin di Koperasi Tentera dengan nilai RM12,000.
Aku ada seorang buddy namanya, Shafie.
Disebabkan aku buat loan di bawah nilai RM15,000, maka perlukan 1x penjamin sahaja.
Jika atas dari 15,001 - perlukan 2x penjamin.

Pada awalnya Shafie ni berat hati nak menjadi penjamin aku.
Cerita punya cerita, rupa-rupanya dia pun nak buat loan juga.  tapi RM20k, Cehhhh! pecah tembelang...Akhirnya Pancing aku dah mengena.
Last-last aku jamin dia, dia jamin aku.haha

Kami pun isi borang. Cop sana, sign sini. Lepas seminggu, kami pergi ambil cheque dan tunaikan duit tu di kaunter kepala harimau....apa lagi, maybank ler..

Terketar-ketar tangan aku ni beb.Mana tak nya, orang keliling tengok semacam je.
Risau kena samun.

Lepas dapat duit tu, aku tak boros tau.
Aku simpan dalam agrobank tanpa guna kad.
dah ada kad, gatal nak pi cucuk ATM je sat lagi. hahaha ke situ pulak fikir.

3 bulan kemudian(Masa buat loan: Ogos 2014)

Gaji kena potong = RM561.39 sebulan
ikat 3 tahun kontrak pinjaman
Gaji pokok waktu ini = RM1336.83


gaji bersih yang tinggal = rm756.24

Tolak ransum
Tolak peruntukan untuk mak = rm100
Tolak insurans kelompok
Tolak Lembaga Tabung

Berapa je gaji?
Cukup tak.
Aku bengang sebab gaji skot2 adik kami, lebih besar lg dlm rm1700
full stop.

potongan sehinggalahhhh........

disember 2014 : rm561.39
Jan 2015 : rm561.39
Feb 2015 : rm561.39
Mac 2015 : rm561.39
Apr 2015 : rm561.39
Mei 2015 : rm561.39
Jun 2015 : rm561.39
Julai 2015 : rm561.39
Ogos 2015 : rm561.39
Sep 2015 : rm561.39
Okt 2015 : rm561.39
Nov 2015 : rm561.39
Dis2015 : rm561.39

Disember 2015

Gaji pokok aku naik: dari Rm1336.83 ke Rm1636.83
Gaji tunggakan yang selama ni aku tak dapat = RM8658.30

ni gaji aku total 10k+

Aku dah senyum dah masa ni. Yelah. total pendapatan je RM10,692.63
Mana tak senyum hehe
Penantian dan usaha aku akhirnya membuahkan hasil.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!